08 November 2008

Tiba-tiba saja kerajaan pandai-pandai nak turunkan kadar caruman kepada 8%. Nak lebihkan cashflow. Heh, teruknya alasan [walaupun aku tak pandai ekonomi].

Cuba fikir lah - berapa sen sangat 3% kalau nak bandingkan dengan duit yang korang kumpul dan dapat untuk persaraan, beli rumah, cover korang kalau kena penyakit kritikal, bayar yuran mengaji korang/anak korang, etc etc. Tu belum masuk part korang nak beli saham-saham unit amanah. Guna duit EPF jugak kan?

Dan kenapa pulak yang nak sustain 11% kena isi borang?

Jadah tul.

Tipu Kanan Tipu Kiri

Dalam masa lima hari, aku dapat dua phishing email dari "Maybank Group Berhad". Alah, emel yang minta korang kemaskini maklumat dalam portal tu lah. Bila klik dan korang mula kemaskini maklumat akaun pada link yang diberikan dalam emel tu, alamatnya duit korang yang ribu-riban tu lesap lah.

Contoh emel pertama yang aku dapat:



Pastu diorang ni tak puas hati [sebab aku tak respond langsung agaknya], ni emel kedua:


Syaitan moden.