21 December 2007

Weehoo!

Backpacking trip aku ke Singapura dah lulus dengan jayanya!

Walaupun aku gagal bertemu dengan LB…..sekurang-kurangnya aku berjaya mencipta rekod hidup aku selama 26 tahun ni – solo backpacking babe! Ramai yg kurang percaya kerja gila aku ni [gila ke?]. Malah ketika pemeriksaan pasport dan bagasi di pusat imigresen Singapura, seorang ibu berbangsa Cina telah berkata "Waaa…good la you" apabila aku menjawab pertanyaannya dengan siapa aku ke sana [entah apa yang goodnya, aku pun tak tahu].

Aku tak pernah terlintas nak buat orang hairan apatah lagi nak berlagak. Yang aku tahu, aku cuma nak buat apa yg aku mahu. Terima kasih, Ibu - yang langsung tak membangkang dengan rancangan aku.

But the trip wasn’t that bad, after all. Honestly, I had a helluva good time! Adrenalin naik balik! Paling terbaik [eihh apa ayat aku ni?] di sana ialah tiada siapa yang peduli dgn kau, hatta kau seorang perempuan yang berjalan sendirian. Bukan macam Malaysia, babe! Duduk dalam bas, tak kacau orang & layan perasaan sendiri pun kena raba. Haram sangat.

Destinasi berikutnya, aku kepingin sekali mengembara ke bumi Thailand. Walaupun Lisa & Ayim ada mengajak aku ke Bandung tahun depan. See how laa…

Dalam 2 minggu ini jugalah aku asyik teringatkan LB! Sudah masuk sebulan lebih dia tak mengirim berita semenjak operasi matanya. Kelmarin aku kembali membaca emel-emel yang pernah dihantarnya and I cried. Tak tahu bagaimana lagi caranya untuk berhubung dengannya! Yang menghairankan, semasa di Singapura tak pulak aku hegeh nak cari dia di hospital – hati semacam berat, entah kenapa?!

Atau aku yang paranoid?

20 December 2007

test..123

Haih.
Second attempt creating a blog under blogspot!
Jadi tak?!