05 November 2015

Temujanji pertama dengan Dr Adilah

4 Nov 2015, akhirnya aku bertemujanji dengan Dr Adilah Ahmat, PHKL pada CD12.

Aku terangkan padanya serba sedikit sejarah aku. Antara soalannya:

Dr A: You ada sakit apa-apa tak? Pernah operate?
Aku: Takde. Tak pernah.
Dr A: Keluarga, ayah ibu? Ada yang sakit kanser tak?
Aku: Ayah saya sakit jantung. Nenek sebelah ayah saya ada kanser hati.
Dr A: Period macam mana, ok?
Aku: Period memang ada setiap bulan, cycle day dalam 32, 33, 34 macam tu. Tapi dua bulan lepas cycle 43 hari.
Dr A: Ok. Dalam tahun ni dah berapa kali period yang cycle day nya lebih 40 hari?
Aku: Baru sekali bulan tu je.
Dr A: Ok. Kita buat scan TVS ya.

Bila dah baring tu, beliau kata nak buat pap smear (sebab sejak nikah aku tak pernah buat). Aku macam, alamakkk...aku macam tak sedia lagi. Tapi buat jelah. Beliau tunjukkan spekulum yg digunakan adalah saiz paling kecil.

Tak sakit pun! Dan pantas. Alhamdulillah.

Ok TVS pulak.. Chentaku disuruh masuk untuk tengok. Hasil scan mendapati:
- Pundi kencing ada jangkitan
- Pangkal rahim ok, cuma rahim dah terunjur ke belakang sikit
- Ovari kanan hanya ada satu telur yang besar (walaupun dah makan 100mg clomid). Saiz tak measure pulak masa ni
- Ovari kiri tiada telur yang besar. Dan yang paling mengejutkan aku ialah kedudukan ovari kiri ini yang dah "naik ke atas" (lari jauh, tak align dengan ovari kanan).

Bila aku tanya apa sebab kedudukan ovari kiri ini "lari",  ada dua kemungkinan: endometriosis atau jangkitan. Terkejut lagi. Dengan tenang, Dr Adilah berkata yang aku masih berpeluang mengandung dengan telur yang besar dari ovari kanan itu. Dan beliau akan pastikan ada 3-4 telur yang besar pada cycle akan datang.

Dr A: You takde PCOS
Aku: *Renung doktor minta kepastian. Terkejut kali ketiga (bahaha!)
Dr A:  Kalau ada PCOS pun, you tak perlu risau sebab period ada setiap bulan, tak kisah lah bilangan hari cycle berbeza tetapi ianya sekata.
Aku: Ok...
Dr A: Berapa FSH dulu masa buat test? LH?
Aku: FSH 4.6. LH 3.3. *Aku tunjuk gambar keputusan ujian yang memang disimpan dalam henfon.
Dr A: Haaa...Memang bukan PCOS. Sebab LH you lebih rendah dari FSH.

Dr Adilah minta aku buat ujian darah untuk CA125 & chlamydia pada hari yang sama. Aku juga perlu buat HSG di Hospital Tawakal pada CD10 serta sambung makan clomid 100mg untuk cycle akan datang. Temujanji seterusnya adalah pada CD12/13/14/15, nak review ujian darah & HSG. Semen analysis pulak hanya perlu dibuat kemudian, selepas review ini.

Jumlah kos rawatan: RM864.82. Walaupun mahal, namun aku rasakan ianya berbaloi dengan kepakaran & ilmu beliau. Plus, Dr Adilah sangat cool, lembut & profesional.

TTC - Apa yang dah dibuat?

Setelah keguguran kedua pada Okt 2013, aku masih ber-TTC sehingga sekarang.

Cakap pasal treatment untuk TTC ni, tak banyak yang kitorang dah buat. Pernah jugak terfikir untuk cuba di LPPKN, jimat sikit. Tapi bila memikirkan temujanji mungkin ambil masa & suami aku pulak seaman yang tak selalu balik darat, agak mencabar di situ.

Ini adalah sejarah treatment aku yang tak seberapa (huhuhu).

Gynae 1 - April 2014. Dr Zamri, DEMC. Mendiagnos aku PCOS kerana hormon aku tak stabil. Sempat buat ujian darah FSH, LH & prolactin & makan metformin. Beliau bagus. Tak sambung treatment sebab nak cari doktor wanita & nak berdiet.

Gynae 2 - April 2014. Dr Siti Mariam, Salam Medical. Second opinion yang menghampakan. Dengan tak scan aku pun, beliau suruh aku makan supplement 4Life Transfer Factor.

Gynae 3 - Okt 2015. Dr Fazlina, Hospital Islam Az Zahrah. Aku tak tahu pun kalau nak buat TVS kena buang air kecil terlebih dahulu. Hasilnya, beliau tak nampak ovari aku, walaupun beliau buat scan ultrasound abdomen jugak. Selepas sesi soaljawab sejarah semua, aku diberi pilihan: nak makan clomid dulu atau nak buat ujian? Aku pilih clomid, yang perlu dimakan ketika CD2 hingga CD5, 100mg. Tak sambung treatment dengan beliau kerana aku akhirnya buat keputusan nak berjumpa dengan gynae 4, seorang pakar fertiliti yang terkenal di Malaysia.