15 May 2009

Tak sabar nak pulang ke rumah esok! Jumpa Ibunda, Jickely, Gojira and all....

Menarik jugak dapat rumah tepi macam ni. Kan? Semi-D lagi menarik. Banglo eden tak minat, y'all.

14 May 2009

Ulangtahun sebulan :)
Owh. Sila abaikan "PM" itu. Tengah belajar macam mana nak ubah. Haha kantoi!

04 May 2009

Jale-Jale The Series: CANDAT SOTONG, PULAU KAPAS


Tiga bulan lepas, aku memang tak teruja langsung nak mencandat sotong. Basah-lesih, hanyir - euw! Al-kisahnya aku dengan separuh hati bagi nama, itu pun sebab kena pujuk paksa dengan seorang coll ni.

Terus-terang, mencandat ni bosan! Baling candat, gulung-gulung tali dan angkat ke atas. Kena banyak guna cuba jaya okay! Sebab aku tak pandai nak rasa berat tak berat sotong dah lekat pada candat. Keadaan jadi tak bosan bila kau tak putus-asa dan DAPAT SOTONG! Oh ya, tahap bosan tu juga berkurangan kalau kamu guna joran.

Alhamdulillah, aku tak mabuk laut. Aku antara 3 orang minah kental [huahuahua!] yang masih teruskan ekspedisi setelah yang lainnya flat dan bot pertama balik awal. Mula rancang nak mencandat sampai 8 pagi keesokan harinya. Tapi laut tak boleh buat janji....Tiba-tiba tekong sound kami supaya jangan teruskan mencandat sebab guruh dah berdentum. Tanda ribut akan berlaku. Baik lah.

Nak balik, enjin bot pulak buat hal. Mujur tak lama. Dan kemudian hujan lebat, ombak besar dan ribut pun datang....

Seram tengok laut masa tu. Tapi sempat juga mata ni terlelap sekejap [boleh?!]. Sampai kena tegur sebab aku duduk kat tepi sekali, takut sengguk-sengguk tercampak pulak ke laut. LOL. Jejantans langsung tak offer diri mereka untuk bagi kami duduk kat ruang dalam. Siap lepak tidur lagi. Sakit hati :(

Kami sampai ke jeti dalam 2.30am setelah berjaya melepasi ribut tadi. OMG, what a precious experience! Thank you Allah.

Serius seronok bai. Tak tipu :)