28 October 2008

Perasaannya sungguh berbeza pabila ketiadaan gigi kacip.

Owh. Kepada sesiapa yang keliru, aku nak buat jambatan gigi. Mungkin ini satu makeover [pergh, ayat tak tahan!] yang besar bagi aku untuk tahun ini.

Selamat tinggal gigi kacip susu aku!

Haiwan Peliharaan Saya

Memperkenalkan........

Gojira.

Baka tempatan. Paling tua dan lama dibela setakat ini. Si betina yang nak kata manja tak manja, garang tak garang. Dibela semenjak anak dara. Pernah melahirkan 4 ekor anak tapi dah dilarikan orang. Sangat suka mengunyah rambut manusia dan sangat sensitif akan bau-bau roti dan kek. Seekor kucing yang baik dan jarang buat hal.


Kwai @ Ah Kwai.

Juga baka tempatan. Nama Cina sebab muka dia macam Cina [ahaha!]. Manja & sentiasa bersih. Kadang kami panggil dia pondan sebab terlampau suka melepek tak tentu pasal. Contoh melepek di sini bila aku usap kepala Kwai secara automatik dia akan berbaring tunjuk manja [poodah!]. Mempunyai tabiat buruk iaitu suka kencing dan berak ikut dan. Kulitnya kurang daya tahan penyakit sebab selalu saja diserang luka dan kurap.


KT @ Pak Tam.

Baka Parsi. Setelah lebih sebulan membela, baru dua minggu lepas aku discover yang KT bukanlah betina [ketika aku dan Aman mandikan dia]! Baru saja mati dua hari lepas disebabkan keracunan air. Pada mulanya kami sangkakan Pak Tam demam sebab dia tak mahu makan dan bulunya juga banyak gugur. Tapi bila tengok dia sakit macam tu jugak, Pak Tam dibawa ke vet. Malam sebelum dia mati, kami bertiga beri dia makan dan ubat sambil cuba memujuknya untuk bertahan. Tak sampai 24 jam, Pak Tam terbujur kaku di sudut rumah yang menjadi port kegemaran dia selama ni. Sedih tengok saat-saat dia nazak.

*Nangis*

24 October 2008

Lu Pikir Lah Sendiri, Dol

Ada satu artikel dalam The Sun dulu berkenaan dengan pendidikan, pekerjaan dan ekonomi. Saja je nak kongsi dengan korang sebab apa yang ditulis itu bersifat eye-opener.

Aku sangat setuju dengan hujahan yang telah diboldkan berikut:

In Malaysia, there is an unhealthy trend among secondary school leavers to enroll in certain popular (or common) courses like IT, Business, Accounting, Engineering, Law, and Medicine. No doubt these courses are considered "critical" to a developing nation like Malaysia, the economy of the future is a diversified economy of ideas, a creative economy that will transcend the conventional 20th Century business-commerce paradigm.

Aku graduan IT. Jujurnya aku memilih course IT dulu sebab aku gila Internet [aku agak ketinggalan, baru kenal Internet sekitar tahun 1999]. Ironinya, tak pernah sekali pun aku berpengalaman kerja dalam bidang IT e.g. programmer ke, juruanalisa sistem ke. Itu belum campur dengan minor aku dalam multimedia. Kalau ikutkan aku boleh je jadi webmaster, animator or even 3D maker. Tapi aku tak memilih jalan itu sebab tak yakin. Tak yakin, tak ada bakat dan tak ada passion yang mendalam. Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian aku, memang ramai graduan IT yang lari bidang. Bukan kata IT saja tapi juga kursus-kursus lain macam Sains Politik, Pengajian Melayu, Usuluddin dan lain-lain [aku sentuh IT pasal aku budak IT, kononnya]. Kursus IT bak kata Ayah - dah saturated. Penawaran banyak, permintaan sikit. Bidang R&D IT kita masih sempit dan banyak bergantung kepada negara-negara Asia lain seperti Jepun, Korea, China & India. Atas faktor itu juga banyak firma IT mengambil pendekatan yang selektif dalam merekrut pekerja baru. Lazimnya pekerja berpengalaman akan diberi keutamaan sedangkan fresh graduate [mungkin] menjadi last resort.

Malaysian universities are seen to be producing graduate manpower and not nurturing talent and building intellectual capital.

Macam mana nak menjaga dan memelihara bakat kalau asyik pentingkan huruf-huruf A, B, C, D, E dan mungkin F? Macam mana nak membangun modal insan kalau kita masih memandang pelajar aliran sains tu lebih gah daripada pelajar aliran sastera?

Due to its outmoded and ever-changing education policies, the displacement of English, poor research culture, the inherent lack of meritocracy and race-based policies; many talented Malaysian academicians and graduates have chosen to work and contribute to the economy of countries like Singapore, China, South Korea, India, the Gulf states, the US and the EU.

Walaupun penulis artikel ini seorang felo penyelidikan di Singapura yang mungkin dianggap bias, hujah ini sangat benar. Hatta di universiti pun banyak budaya "copy-and-paste" [aku pernah buat dulu dan kemudiannya menyesal!] daripada menggalakkan pemikiran luar kotak. Nak cakap pasal polisi berasaskan kaum tu isu yang tak akan berakhir. Tengoklah bila ada cadangan kuota untuk bukan Bumiputera di UiTM, berduyun-duyun pelajar yang terpaksa ponteng kelas untuk sertai demo. Politik. Heh.

Kadang aku terfikir: kenapa orang kita [baca: Melayu] susah dan takut sangat nak bersaing secara sihat? Perlukah kita dimanjakan sampai kiamat?

23 October 2008

Dalam Keterpaksaan Aku Beli Bulu Mata Palsu Yang Menggoda Ya Hamats. Oh Tidak!

Aku suka alat solek dan bersolek. Untuk membeli blusher yang berharga RM90, aku tak berkira panjang. Tapi kalau nak membeli top atau seluar, memang aku fikir 100x.

Ish, exaggerating pulak. Okay sambung cerita solek-menyolek tadi. Senarai alat solek paling koman [baca: asas, mesti ada] aku ialah:

1. MOISTURIZER. Preferably yang ada illumination effect.
2. BLUSHER. Peachy shades sajork. TQ.
3. EYELINER. Sebab mata aku kecik, bukan sepet excuse me.
4. LIPSTICK. Yang pucat-mucat.
5. LIP BALM. Untuk effect bibir yang sihat.

Dan dalam banyak-banyak teknik solekan, aku paling gemar solekan telanjang [euw, teruknya bunyi. Okay, nude makeup]. Be as natural as you can be. Aku juga gemar solekan smokey eyes dan pernah mengaplikasikannya pada seorang kanak-kanak yang kemudiannya memaksa aku untuk cuci balik solekan tu sebab diejek kawan-kawan - macam hantu!

Aku rasa nak bersolek ni kena ada inisiatif, kreativiti dan of course lah kerajinan. Tapi aku ambil pendekatan sederhana [pergh ayat tak tahan!]. Belum lagi sampai tahap nak ikut bengkel. Disebabkan malas tahap dewa ni, aku cuma bersolek pada waktu pagi, ketika bersiap ke pejabat. Dan malas nak touch up balik terutamanya selepas solat - mafan sungguh dan malas gila nak cuci muka berkali-kali!

Jadi kepada perempuan-perempuan yang look really good with their makeup on - my enviousness goes to you! Walaupun kata orang, perempuan lebih cantik tanpa solekan - tak payah peduli okay?! Teruskan usaha anda!

08 October 2008

Malam kelmarin, aku tertonton satu muzikal di TV1, satu saluran yang jarang aku follow. Tengok pun sebab ada sketsa ala zaman P. Ramlee.

Tak sangka pulak ia sebenarnya rancangan muzikal raya kolaborasi Malaysia-Singapura.

Yelah, di sebalik lambakan sampah-sarap rancangan hari raya. Kau tau lah kan....cerita-ceriti airmata Syawal anak derhaka cum anak dah lama tak jenguk mak bapak di kampung, laki bini bergaduh nak balik kampung masing-masing, muzikal bodoh AF yada yada yada.

Okay, balik pada cerita muzikal TV1 tadi. Bukan apa, rancangan tu biasa saja selain dari melihat fesyen tradisional lelaki Singapura. Hurm....agak berlainan sikit daripada kita. Sarat juga bila aku tengok lelaki mengenakan baju Melayu ber-overcoat dan bersongkok songket tinggi, lebih tinggi dari yang Alm. TAR pernah gayakan! Aku wonder kalau-kalau begitulah fesyen lelaki Singapura ketika beraya.

Momen terbaik aku kira bila duo Taufik Batisah dan Hady Mirza melagukan "Lambaian Aidilfitri" [alah lagu yg Jamal dan Saleem nyanyi tu lah!]. Satu, sebab lagu ini dinyanyikan dengan iringan piano saja [pianist Iskandar Mirza Ismail]. Dua, sebab aku tak pernah tonton Jamal dan Saleem berpadu suara untuk lagu ini di TV. Tiga, sebab vokal Taufik dan Hady tak kurang soulfulnya.

Gerek seh.