07 September 2009

Smartphone Pertama Saya

Hi all. Lama sungguh kita tak ketemu :)

Saya nak memperkenalkan toy terbaru saya, iaitu:



Sebuah smartphone dgn 3G [tapi tiada WiFi]. Skrin sesentuh, kamera 3.2MP camera, media player, Notepad application, Bluetooth. Pendek kata, handphone ni kira boleh-blah-lah kalau nak buat berlagak. Haha.

Sedihnya.

Baru seminggu guna, kamera pulak tak boleh berfungsi! Semalam aku ke kedai handphone itu semula [dengan tujuan nak dapat handphone baru ;p] tapi amoi tu dah sound awal-awal.

"You punya phone aa...ni mesti kena virus punya. Kasi i check tengok?"

OK.

Lepas 10 minit,

"Confirm virus. I suda kasi buang sama itu virus...ini memang mau kena caj wo. Tapi takpe sebab ini first time aa, you tatau. Next time you mau kasi check aa, kena caj RM80".

I was like, what the f? Nak format PC pun tak semahal tu kot?!

Balik rumah terus aku install Avira. Pada saat ini, aku masih memuat turun updater [yang dari malam tadi aku dah cuba buat - tahniah Celcom "ngok" Broadband atas kecekapan anda!].

Owh ye, saudara-saudari. Pastikan kalian bertanya soalan ini bila membeli handphone.

Handphone ni AP ke China? Dan kalau pekedai tu kata AP ori, sila tanya MADE IN MANA. Kalau China, tolong fikir 1000x bila nak beli. Ok?

*****

Ulasan ringkas.

1. Anda perlu bersedia dengan kelembapan smartphone ini. Mungkin sebab ia berfungsi bak PC [guna Symbian OS].

2. Aku masih cuba untuk biasakan diri untuk guna QWERTY onscreen keyboardnya yang kecik dan comel.

3. Media player masih tak boleh mengatasi Walkman series. Fungsi untuk buat playlist, masuk lagu dlm playlist juga agak mengelirukan.

4. Aku tak gemar guna scribble mode. Apa yang aku conteng kadang tak kena dengan apa yang dia recognise. Contoh: aku tulis "r" tapi dia cam tulisan aku sebagai huruf "i".

5. Cepat makan bateri.

6. Sangat seronok untuk melayari Internet. Skrin besar :)

7. Kualiti gambar kamera yang bagus sedikit dari W810i. Cuma tiada fungsi lebih spesifik macam macro, auto focus dan effects.

Entah sampai bila la benda alah ni boleh tahan dengan aku.