04 March 2009

Next music event yang aku teringin sangat nak pergi ialah Sunburst KL 2009.

Sebenarnya banyak music event yang aku teringin100x sangat-sangat nak pergi. Hanya ada satu kekangan.

KAWAN/TEMAN SATU FREKUENSI.

Yelah, takkan lah aku nak pegi buta je sorang-sorang. Gilo apo? Backpacking aku confident jugak lah, tapi nonton konsert? Eish.

Yang bertambah susahnya lagi bila perfomer yang aku nak tengok tu tak menepati taste muzik kawan-kawan aku. Lepas tu, kekangan duit pulak. Yang ni aku faham lah, bukan semua nak belanja duit ke atas tiket yang astagfirullah al azim mahal.

"Baik aku shopping kat sale MNG/Guess/Nine West/Zara/apa-apa jelah", fikir mereka. Mungkin.
Benci ah aku terlepas konsert M. Nasir semalam! Apa yang kau cebik-cebik tu? M. Nasir rocks okay?!

Bila baca suratkhabar hari ni, aku hanya mampu teringat satu kenangan lama [of course lah manis!]. Waktu tu aku masih lagi student. Kawan baik aku ni telah menghadiahkan aku tiket sempena hari jadi aku untuk menonton konsert M. Nasir yang buat show di universiti kami. Aku, sumpah - kalau tak ada orang belanja/bagi present, gerenti 100% tak pergi. Tiket RM20 tu....[poket student tak mampu]. Hihi.

The show was helluva blast! Kau tahu lah universiti ni kan ala-ala alim dan sopan gitu. Mula-mula semua penonton duduk. Kawan baik aku dan aku je yang sakan sangat berdiri. Alih-alih M. Nasir bikin rock itu dewan, semua orang mula berdiri dan bergoyang! Esoknya, aku dengar orang mencemuh yang konsert tu sosial gila. Huahuahua.

Kepada kawan baik aku tu - Sjah, selamat menjadi daddy. And, you are the best! :)
Semalam aku terima satu berita yang mengganggu.

Sesuatu berkenaan dengan barah.

Sangat aneh apabila semasa kecil aku pernah ter[ber?]mimpi yang aku akan mati pada umur 60 tahun akibat barah. Aku sentiasa teringat akan perkara ini sehingga sekarang. Macam omen gitu.

Hasil dari pembacaan, barah ni banyak berpunca dari pemakanan dan gaya hidup. Terlampau banyak benda alah yang memang akan trigger sel-sel barah untuk jangkamasa panjang. Cuba baca Utusan Konsumer kalau korang nak tahu lebih lanjut.

Aku seorang manusia yang teramat cintakan makanan bergoreng - aku serius risau doh!

Memang aku tak daya nak melawan. You know it's like - you're still smoking even when you damn know about all the health risks! Kan?

Haih...susah lah. Aku tak tahu nak mula dari mana? Hari-hari pekena oat kot? Tapi tengahari tadi, aku baru je melantak - nasi lemak, kek Chocolate Indulgence, puding roti dengan sos kastad.

Yeah, yeah I know. I am my own enemy.

02 March 2009

Hello world!


Tak sabar nak tengok kau besar, Chichi! [Tapi papa dan mamanya marah bila aku panggil dengan nama ini]. Hihi.