30 August 2008

Hadiah Kemerdekaan

Yang paling bermakna bagi aku - solidariti.

Tak ada racism.
Orang Malaysia dah tak kenal perkataan "bangsa".
Tak ada kuota itu ini.
Tak ada kronisme.

Aduh...gila klise!

27 August 2008

Something yang Aku Baru Sedar

Terasa banyak tengok filem seram di panggung. Aku bukan minah wayang pun dan amat memilih dari segi filem apa yang aku nak tengok. Setakat nak tengok filem macam You Don't Mess With The Zohan tu, beli DVD pirate pun aku tak hingin.

Yang terbaru, Susuk. Antara the most anticipated movie aku sejak dua tahun lepas. Pertama, sebab nak tengok interpretasi cerita dalam bentuk filem [sebelum ni aku baca novel bertajuk yang sama] dan kedua, sebab aku nak tengok filem Amir Muhammad yang so called mainstream ni. Masa drama bersiri Susuk dulu keluar di TV3, aku kecewa jugak kenapa drama tu yang keluar dulu. Dahlah tak best.


Banyak dialog dan adegan yang penuh dengan unsur sarcasm. Mulanya, aku pelik jugak kenapa diorang shoot kat jambatan Putrajaya tu. Nak tiru Usop Selam ke? Haha. Set yang mengagumkan, kalah Pontianak Harum Sundal Malam [1&2] yang bagi aku set yang terlampau set. Babak pembunuhan yang bolehlah...ganas. Tapi gigi hantu dia kelakarlah.

Agak susah juga aku nak mengingat balik jalan cerita novelnya. Yang aku ingat, dalam novel ada dikisahkan mengenai asal usul Dukun Dewangga dan susuk keramat.

Pergi baca novel tu dan tonton filem ni. Tapi tolong jangan bawak anak kecik korang nonton filem ni ok? Tak sesuai.

And I Can Only Roll My Eyes...

Baru pulang dari kedai elektrik, aku baru saja membeli mesin basuh. Seperti pembeli rasional yang lain, aku tawar-menawar mintak diskaun sikit.

Jurujual dengan sopan mengatakan tak boleh - "Ni dah diskaun dah ni kak" [ayat basi].

Tiba-tiba entah bila dan dari mana rakan jurujual tu tiba-tiba menyampuk sambil ketawa mengejek, berkata "Agak-agaklah....kalau beli 11 kg bla bla bla [aku tak dengar]". Seolah-olah aku tak layak nak bargain semata-mata aku beli mesin basuh 6kg?

Dahlah tu ada hati nak initiate conversation dengan aku dengan statement tak boleh blah - "Lelaki memang dilahirkan pandai memasak kan?". Owh, TV ni tayang rancangan masak-memasak kaum lelaki pulak. I mean...do I give a fuck? Lalu, gesture gelak sinis aku jadi jawapan kepada soalan bodoh tu.

"Gelak tak ikhlas", kata si bodoh kepada jurujual aku.

25 August 2008

Anthem Bandung Aku



Dan ini juga:



Haih. Masih teringat-ingat.

20 August 2008

I HEART BANDUNG!

Sebab?

1. Sangat kreatif dalam apa saja - pelancongan, hiburan, busana, kraf, bangunan dan kelangsungan hidup - busker & penghibur cilik di tengah jalan [ya, tengah jalan ketika lampu merah].

2. Surga belanja. Banyak pilihan sampai naik pening. Walaupun banyak yang aspal. LOL!

3. Extra mile customer service. Bayangkan kau bersendirian makan di Pizza Hut dan kru restoran menuangkan sos ke dalam piring kau. Terasa bagai anak raja.

4. Factory outlet yang gempak dan artistik. Penggunaan tas belanja, pandai diorang ni eh?

5. Perkataan keramat - "Silakan" bila masuk FO & tempat-tempat yang ingin berbelanja.

6. Tempat makan paling gempak aku pernah jumpa - Kampung Daun. Landscaping yang tak tercapai dek akalmu. Walaupun aku taklah gila sangat dengan makanan Sunda tapi ayam kampung goreng dia meletup, ok?

7. Angkutan Kota yang rugged. Keberanian penting kalau nak cuba naik. Ringan mulut bertanya, gerenti tak akan tersesat.

8. Lalulintas kenderaan yang unik [dan membingungkan].

9. Orangnya handsome & cantik-cantik. And they speak their minds out. Heh.



Aku akan kembali, pastinya!