05 August 2012

Itu ini

Heee...sibuk betul aku ni kan? LOL!

1. I'm married! Satu perkara yang aku tak terfikir pun pada 4-5 tahun lepas yang mana aku redha jika ditakdirkan jomblo hingga ke akhirnya. Dan kini, alhamdulillah, takdirku lain rupanya ;)

2. Perkahwinan = bahagia dan seronok tapi mencabar ok? LOL. Cabaran untuk menangani perbezaan dan belajar menjadi individu yang matang.

3. Masih kepingin dengan pengembaraan. Kali ni dengan suami pulak, woohoo! Walaupun agak mencabar sebenarnya nak plan sebab kerja suami aku di kapal. Semoga Allah permudahkan segalanya, ameen.

4. Semenjak major reshuffle di pejabat tahun lepas, aku rasakan aku dah macam productive sikit kot? KPI untuk 2 tahun berturut ni pun alhamdulillah, berkat kesabaran dan dah mula faham kehendak kerjaya ni. Aku sendiri tak pasti sampai bila akan terikat kepada kerja di jabatan ni...hurm, aku suka je sebenarnya. Dan aku juga tak bersendirian seperti dahulu, ada lah 2-3 colleague yang rapat buat masa ni. Memadailah.

5. Dah 1 tahun, 5 bulan lamanya aku bebas Facebook! Satu ketagihan yang berjaya dikekang setakat ni. Awalnya deactivate sebab nak fokus dengan wedding preps dan tak nak colleagues tahu yang aku dah bertunang [motif kelakar kan, tapi serious shit!]. Kemudian terus tak on sampai la. Takut macam akan ada tendency aku show off itu ini. Tau jelah dalam ramai-ramai kawan kita tu bukan semuanya senang dengan apa yang kita share...Yeah, aku pernah upload gambar beg Nine West yang aku beli [my goodness, choiii gilaaa!]. So yeah, pendeknya aku tak nak jadi mangsa dengki dan pendengki. Abes cerita :)