30 April 2008

Paradigma yang memeranjatkan



Sebelum aku berpindah ke rumah sewa yang aku duduki sekarang, aku hampir mahu close a deal untuk menyewa rumah dengan seorang colleague bukan Islam. Tetapi Adik Becok [teman serumah aku sekarang merangkap pemandu aku ke pejabat] tak bersetuju. Biasalah prejudis - takut si bukan Islam masak/makan/lumur lantai rumah dengan babi.

Baru-baru ini Adik Becok telah melakukan anjakan paradigma bila dia bertanyakan pendapat aku - kerana seorang lagi colleague bukan Islam ingin menyewa bilik di rumah kami. Tanpa banyak halangan yang tak munasabah, aku setuju. Sudah tentu dengan syarat: aku mahu bayar sewa mengikut saiz bilik. Bukan lagi 50-50. Bilik aku bersaiz kotak kasut, tau?

Heh.

24 April 2008

Tengahari ini aku terasa sangat miserable.

Terasa dipinggirkan. Keep telling myself that I’m not in a correct league.

Nervous bodoh. Pengakhirannya, aku telah melakukan presentation terburuk seumur hidup aku. Shite.

Terlintas mahu resign.
Tapi aku dah berjaya mengorat seorang pengurus untuk masukkan aku dalam web content department.

Boleh?

19 April 2008

Berita Tertangguh




Maaf, tulisan aku tergendala sementara waktu sebelum ni disebabkan:


a) aku tak punya masa yang cukup untuk blogging - dek terlalu sibuk dengan latihan dan induksi kerja baru
b) aku langsung tiada akses Internet di tempat kerja [ya, selama ni aku hanya blogging di tempat kerja. Haha pecah lobang - Oops!]. Pergi ke kafe siber pun sebab nak lunaskan hutang kad kredit. Tak pernah pula aku rasa sedap blogging di CC.


Sebetulnya memang banyak perkara yang telah berlaku pada aku.


Family trip ke Langkawi terpaksa aku lepaskan. Terkilan? Sikit mungkin…sebab aku dah berangan nak layan parasailing kat Pantai Cenang. Paling bodoh pun mandi laut jelah sampai kena sengat obor-obor. As Aman quoted: nothing much in Langkawi…except for the cheap chocolates. Huh, nasib baik tak ikut.


Aku dah berpindah dari rumah parents. Berdikari. Dah tak sabar nak hias bilik ni dengan konsep minimalis. Housemate yang juga merangkap colleague aku [baru kejap ni nampak aku sedang menaip lalu bertanya aku tengah buat report ke? LOL] sebagai kemudahan pengangkutan aku ke pejabat. Haha berdikarilah sangat.


Agak sukar bagi aku menyesuaikan diri dengan colleagues di pejabat baru. Terasa macam….Mungkin aku sudah tua dan sudah lama tidak menggunakan frasa-frasa seperti “doh”, “siot” [aku prefer “sial”, BTW] dan “weh/wei” [yang keterlaluan] dalam perbualan. Sangat memualkan. Orang yang agak click dengan aku pada mulanya pula bersifat kepochi. Jadi aku menjarakkan diri. Trust - satu perkara yang agak sukar dicapai/diperoleh dalam masa terdekat ini.


Aku dah ada toy baru yang bernama Inspiron 1525 berbekalkan broadband yang berkelajuan mediocre. Jadilah.


Kepada girlfriends aku semua - mintak ampun dan maaf tak dapat nak luangkan masa nak melepak dengan korang. Hidup aku agak mobile kebelakangan ni. Lemas aku.


Ada perlawanan futsal antara institut latihan esok and I’m in! Haih ada chance menang ke ni? Dahlah main futsal pun tak pernah. LOL.