30 April 2008
Paradigma yang memeranjatkan
Sebelum aku berpindah ke rumah sewa yang aku duduki sekarang, aku hampir mahu close a deal untuk menyewa rumah dengan seorang colleague bukan Islam. Tetapi Adik Becok [teman serumah aku sekarang merangkap pemandu aku ke pejabat] tak bersetuju. Biasalah prejudis - takut si bukan Islam masak/makan/lumur lantai rumah dengan babi.
Baru-baru ini Adik Becok telah melakukan anjakan paradigma bila dia bertanyakan pendapat aku - kerana seorang lagi colleague bukan Islam ingin menyewa bilik di rumah kami. Tanpa banyak halangan yang tak munasabah, aku setuju. Sudah tentu dengan syarat: aku mahu bayar sewa mengikut saiz bilik. Bukan lagi 50-50. Bilik aku bersaiz kotak kasut, tau?
Heh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment