29 July 2008

Orang KL Ni Sosial La.....

Habis jugak semangkuk maggi goreng ekstra pedas yang tak pedas langsung.

Aku nak story ni.

Jumaat lepas aku temankan kawan-kawan ofis ke Sg. Wang. Nak shopping kasut kat Nose, kaedahnya.

Al-kisahnya salah seorang kawan ofis aku ni ternampaklah dua orang perempuan yang menghisap rokok. Seraya dia mengeluarkan generalisasi bodoh bangangnya.

Fuck, aku benci betul. Sebab tulah aku malas nak berjalan dengan orang macam ni. Kalau tak bawak kang, sesat pulak korang kat BB tu.

Bertekak pun tak guna. Semoga tuhan menganugerahkan pemikiran yang luas kepada kau.



I miss my Sex and The City girlfriends. Hukhuk.

Hari Bahagia

ASSessment ketiga yang membuahkan hasil!

Ada yang sok-sek dan hairan aku tak jugak lulus-lulus dalam siri ASSessment sebelum ni. Well, at least I learn from mistake.

Esok mula kerja. Hurei!

Ok. Nak buat maggi goreng jap. Ketemu sebentar lagi :)

28 July 2008

Disebabkan oleh perkara ini, terpaksalah aku ke Bandung seorang diri selama dua hari.

Risau, memang. Tapi aku tak ada masa nak melayan negativiti.

Ayah bagi tips - jangan terlampau flashy, jangan tunjuk berduit sangat, kalau boleh ikut tour agency [terima kasih Ayah tapi aku cuba elakkan atas nama pengembaraan] dan bila berurusniaga tu lebih afdal menggunakan bahasa/laras Indonesia [kalau pandai bahasa Sunda lagi bagus! ahahaha].

Sekarang aku tengah sibuk recce backpacker hostel dan pengangkutan di sana. Mudah-mudahan dengan izin tuhan, trip ini berjaya.

Sial, kan?

Dah agak dah - cuti empat hari tu tak lulus.

Pilihan terakhir aku cuma cuti dua hari. Itu pun kalau lulus ASSessment.

13 July 2008

Define 'Laser', Please..


LASER: kenyataan yang dikeluarkan secara lisan, yang biasanya bertujuan:
1. nak "menyekolah/mengajar" atau
2. nak counter-attack orang selepas individu itu diserang [secara lisan]. Bahasa lain: sound tepet [tepek?].

Bagaimanapun, laser atau tidak kenyataan itu bergantung kepada penerimaan seseorang.

[Sumber rujukan: Kamus Wackopedia Cuqisz, edisi terhad 2008]

Aku dikatakan laser oleh seseorang. Dari belakang. Sepicing pun aku tak kecil hati sebab ya, mungkin benar.

But look who's talking? Aku hanya mengaplikasikan konsep mirroring dalam komunikasi tau? Sila Google.

08 July 2008

Dahlah Aku Ketinggalan Baik Punya Event Minggu Lepas *Sob*

Dd - platonik yang suka sangat tanya soalan ni.

Eh, ada event la kat [masukkan lokasi]. Ko tak pegi ke?

Dude, janganlah tanya soalan-soalan bosan pada aku yang memang membosankan ni.

Kerja Sambilan yang Tak Memenatkan tapi Masyuk. Wujud?

TPM suruh kita ubah gaya hidup kan?

Sebagai langkah pertama, Adik Becok mencadangkan [kami dah isi borang permohonan sebenarnya!] bekerja secara sambilan di restoran makanan segera. Haih, kali terakhir aku buat part-time pun lima tahun lepas. Maka aku kurang pasti sama ada aku betul-betul nak buat ke tak?

07 July 2008

Next Solo Backpacking Trip. Perhaps?


Suatu pagi aku terima satu forward email mengenai percutian seorang artis dengan teman lelakinya di sebuah pulau.

Pergh! Cantik sungguh. Marvelous. Faboulous. Lous-lous apa ntah lagi lah.

Hurm.....

*****

Naluri aku dapat rasakan yang cuti empat hari aku ke Bandung bakal tidak diluluskan oleh bos. Empat hari!

Dalam kepala ni dah terfikir dan merancang alternative trip, just in case kalau-kalau betullah cuti empat hari tu tak lulus. Masa tu, jangan haraplah aku nak declare ke luar negara. Muahaha!