28 April 2009

Jale-Jale The Series: MELAKA

Layan beb lepak kat Klebang. Tapi pantainya tak boleh mandi. Banyak sangat kerja-kerja menambak. Kondo yang aku sewa nampak horror dari luar.


Banyak sangat muzium! Ikut hati memang nak masuk semua tapi satu muzium pun tak sempat nak lawat. Aku kalau dah ke muzium bukan boleh kejap-kejap.


Naik bot keliling Sungai Melaka. Awesome okay! Kata orang, kerajaan negeri import pakar dari Jerman untuk pulihkan sungai ni - dari tercemar hingga tahap airnya boleh diminum. Siapa nak minum angkat tangan?!


Masih teguh berdiri. Kali terakhir aku bergambar di sini ialah semasa lawatan pengakap 1990/1991. Di sini juga korang tak akan jumpa gerai/kedai jual minuman dan makanan. Kerajaan negeri tak mahu pengunjung buang sampah merata. Kot. Jadi, jika anda kelaparan/kehausan, sila jalan kaki masuk ke Dataran Pahlawan Mall.

Pergi Melaka tak sah kalau tak pekena asam pedas. Kat Jonker Street, ada satu-satunya restoran Melayu - Tanquerah Bistro. Teramat lah awesome! Aku teringin nak layan ikan bakar Umbai/Alai tapi tak sempat [again!] sebab lokasinya agak jauh dari bandar. Nanti sesat meraban buang masa pulak.

Seronok dapat luangkan masa kualiti dengan Ibunda, the dudes, the babes & Jickely .

Tengok! Jickely pun seronok!

21 April 2009

Bila Makanan Kat Cafe Pejabat Makin Lama Makin Hampeh

Ini sangat membantu! Terus aku tempah satu. Tak cuba, tak tahu kan? :)
Makan tengahari tadi aku ditemani oleh seorang male coll, yang tak pernah aku bersembang sebelum ni.

Agak kelakar lah bila dia tanya umur aku. Not that I'm sensitive, tapi pada hemat saya seorang lelaki yang cool tak sepatutnya bertanya umur seorang perempuan [and vice versa actually]. Jadi, aku pun tak tanya balik dia umur berapa sebab aku [rasa] tahu. Hahaha.

Lagipun tak penting lah!

Yang penting, dia ajak aku keluar lepak. *wink*

17 April 2009

a) Hujung minggu depan : Melaka.

b) 1-3 Mei : Candat sotong, Pulau Kapas.

c) 21-23 Mei : Sabah.

d) 3-6 Julai : Phuket-Phi Phi-Krabi.

Trip terakhir dalam senarai di atas adalah yang paling diwas-waskan. Thailand sekarang tengah bermasalah, walaupun aku yakin bahagian pulau tak terjangkit sangat. Pulau-pulau ni punca utama rezeki diorang adalah pelancongan. Kalau nak terlungkup jugak dek tunjuk perasaan, habis ah!

Satu faktor lagi yang aku dan GFs patut fikir 100x ialah kemungkinan besar akan ada tsunami dari arah Jepun dalam bulan Julai.

Mengerikaaaaannnnn [ikut intonasi Sarimah]!

13 April 2009

Siapa Popular?

Aku sebenarnya lebih teruja nak tengok persembahan. Tapi alangkah malang dan.....

Menyampahnya dan sakit mata telinga & hati aku dengan pengacara ibu mengandung tu. Kenapa lah penganjur masih lagi nak cari pengacara berkonsep akak kepochi bikin havoc ni?! Kata anugerah berprestij, kalau nak cari yang pandai buat lawak pun agak-agak lah. Cari yang smart, yang witty macam Whoopi Goldberg yang tak perlu terjerit-jerit bagai nak putus urat merih. Dan yang boleh bawak imej profesional dan prestij anugerah tersebut. Ni balik-balik buat content tahap makcik felda. Mengandung, cerai, kahwin artis.....haih!

Yang pengacara jantan tu pulak. Kenapa ya agaknya, mata dia tak pandang kamera? Pandang atas manjang, ada apa bai? Ada jugak ah lawak-lawak kasar kau yang aku boleh hadam dan layan gelak [sinikal suruh budak perempuan yang award presenter tu kahwin dengan mana-mana lelaki kaya dan sinikal makcik-makcik gigih isi borang undi]. Hahahaahaa. Tapi bai, kau tak sesuai jadi pengacara ah. Lawak kau takde orang nak gelak sebab tak ramai yang nak layan lawak sinikal terlebih kau tu. Cian kau bai :(

Bila fikir-fikir balik, kenapa majlis-majlis anugerah sebegini [kategori mendewakan populariti] mempunyai pengacara-pengacaranya havoc tak perlu? Sebab yang jelas bagi aku di sini iaitu CROWD MAJLIS yang ada dua kategori.

  1. Crowd majlis anugerah berasaskan pengiktirafan hasil kerja orang industri [macam AIM, FFM, Anugerah Oskar Malaysia, AJL] - lebih kepada golongan profesional dan pemuja seni. Hos perlu tampak berimej sophisticated dan pandai buat lawak bernas.
  2. Crowd majlis anugerah populariti - lebih kepada golongan pemuja artis. Hos perlu siap dengan pakaian dan barang kemas liplap-liplap. Pandai buat lawak-lawak gosip.

One thing about our crowd [both above] - sangat malas memberi excitement applause.

Kadang tu, sampai malas nak bagi standing ovation [yang bangun pun baris depan je]. Kalau tengok Grammy, walaupun yang perform tu artis country ceruk mana entah, para karyawan akan berdiri dan bergoyang! Ni lah baru music appreciation! Itu belum lagi diorang bangun-duduk-bangun-duduk masa presenter bagi anugerah. Situasi ini sangat jarang berlaku dalam mana-mana majlis anugerah kita. Tak tipu, korang tengok lah sendiri!

Kualiti dan populariti, dua benda ni memang kena ada dalam industri seni. Tapi kan, aku tak rasa pengacara mulut makcik over konon happening ni relevan. Ke aku je yang pelik?

AKU BERJAYA MEMANDU PERGI BALIK PEJABAT HARI INI!

Macam tak percaya je. Setelah hampir empat tahun.....