28 April 2009

Jale-Jale The Series: MELAKA

Layan beb lepak kat Klebang. Tapi pantainya tak boleh mandi. Banyak sangat kerja-kerja menambak. Kondo yang aku sewa nampak horror dari luar.


Banyak sangat muzium! Ikut hati memang nak masuk semua tapi satu muzium pun tak sempat nak lawat. Aku kalau dah ke muzium bukan boleh kejap-kejap.


Naik bot keliling Sungai Melaka. Awesome okay! Kata orang, kerajaan negeri import pakar dari Jerman untuk pulihkan sungai ni - dari tercemar hingga tahap airnya boleh diminum. Siapa nak minum angkat tangan?!


Masih teguh berdiri. Kali terakhir aku bergambar di sini ialah semasa lawatan pengakap 1990/1991. Di sini juga korang tak akan jumpa gerai/kedai jual minuman dan makanan. Kerajaan negeri tak mahu pengunjung buang sampah merata. Kot. Jadi, jika anda kelaparan/kehausan, sila jalan kaki masuk ke Dataran Pahlawan Mall.

Pergi Melaka tak sah kalau tak pekena asam pedas. Kat Jonker Street, ada satu-satunya restoran Melayu - Tanquerah Bistro. Teramat lah awesome! Aku teringin nak layan ikan bakar Umbai/Alai tapi tak sempat [again!] sebab lokasinya agak jauh dari bandar. Nanti sesat meraban buang masa pulak.

Seronok dapat luangkan masa kualiti dengan Ibunda, the dudes, the babes & Jickely .

Tengok! Jickely pun seronok!

No comments: