31 December 2008

Senarai Buku yg Aku Baca Tahun Ini

1. Palace Walk - Naguib Mahfouz
2. Night Swimming - Robin Schwartz
3. Interview with the Vampire - Anne Rice
4. Hijab Sang Pencinta - Ramlee Awang Mursyid
5. The Alchemist - Paulo Cuelho
6. I Am Muslim - Dina Zaman
7. Juara - S. Othman Kelantan
8. Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman - Anwar Ridhwan
9. Anugerah Pertama - Ramlee Awang Mursyid
10. APi KL Belum Terpadam - Antologi cerpen & sajak
11. Kasut Hitler - Antologi cerpen & sajak
12. 1515 - Faisal Tehrani
13. Bad Boy - Olivia Goldsmith
14. Seorang Tua di Kaki Gunung - Azizi Hj Abdullah
15. Ayat-Ayat Cinta - Habiburrahman El-Shirazy
16. Lukisan Hati - Nazlifah Halmi

Sikit kan?! Ini jelah yang aku ingat. Buku-buku ni ada yang dibeli, dipinjam dari perpustakaan tempat aku bekerja & ada yang dipinjam daripada kenalan/kawan.

Aku ni suka membaca tapi kadang tu malas jugak [dan sebab ini jugalah aku mampu baca +-16 buku jer!]. Ada satu buku ni, bos aku dulu hadiahkan sempena hari jadi aku, sampai sekarang belum khatam. Cerita dia bosan gila okay!

Mungkin sama bosan dengan buku yang pernah aku hadiahkan padanya sebelum tu sebab dia kata lingo buku tu agak sukar difahami. Hurm.

Daripada senarai di atas, aku nak sangat-sangat nonton filem Jogho yang diadaptasi daripada novel Juara tu. Dah berbulan-bulan aku dok cari VCD/DVD filem ni, hatta di internet pun tak ada.

So korang, kalau tau benda alah ni boleh dapat kat mana...bagitau aku ye? Tengkiu :)

Selamat Tahun Baru!

26 December 2008

Gambar-gambar Rawak Pilihan Si Kukis






PD, Hari Natal: Auto mode, 1/640, F4.0, ISO 80

Sedikit pengemaskinian hidup:

1. Tak sangka dalam masa tak sampai setahun bekerja di sini, dah dapat 2 kali B. Alhamdulillah.

2. Aku masih ingat dan perkara ini aku pernah catatkan dalam blog lama aku. Aku sangat-sangat berkeinginan untuk memiliki kamera digital. Point-n-shoot sudeh. Dan alhamdulillah, akhirnya diizinkan. Maka dengan segala hormatnya aku umumkan toy terbaru aku - Canon Ixus 980 IS. Berazam akan mahir bermain-main dengan manual setting.

2. Baru balik dari berkelah di PD tadi sempena cuti Hari Natal. Syukur kerana tak sengaja bertembung dengan keluarga Mak Teh Adik Becok. Sangat baik mereka ini lah! [Sebab sudi tumpangkan kami berdua mandi-tukar-baju-melantak secara percuma dalam bilik hotel mereka!].

3. Aku baru je tengok sneak preview gambar perkahwinan adik aku. Amazing shots and editing. Kudos to the photogs!

4. Banyak stres. Rambut rontok, rimas gila. Tak tahu lagi nak buat macam mana. Haih.

5. Bakal bercuti panjang dari Awal Muharram sehingga Tahun Baru 2009. Ngeee...seronok!

18 December 2008

Apa yg Aku Suka Mengenai Majlis Perkahwinan

Hiasan je nih.

1. Dapat melaram baju cantik.
2. Dapat mekap tebal.
3. Dapat pakai bulu mata palsu.
4. Dapat mekapkan kanak-kanak. [Okay. No 2, 3 dan 4 only applicable untuk majlis keluarga terdekat]
5. Dapat usya cowoks. Ahahaha!

Itu dari segi superficial-nya lah.

Diam tak diam, tahun ni saja dah tiga orang yang rapat dengan aku dah diijabkabulkan. Dua orang adik lelaki aku dan seorang sepupu rapat. Harus lah orang [aka si sibuk badan] tanya aku bila nak kahwin. Macam tak biasa pulak. Heh.

Barangkali moment yang paling aku suka dalam peristiwa kerja kahwin ni adalah ketika pernikahan. Rasa gementar + berdebar + sayu + gembira + syahdu yang beraduk. Keajaiban sedang berlaku tatkala aku dapat rasakan juga yang syaitan-syaitan melalak meraung dan betapa gembiranya para malaikat di atas penyatuan suci mereka.

Sewaktu diminta berucap sesuatu secara spontan untuk rakaman video ketika kenduri adik ipar aku di JB tempoh hari, otak aku tak mampu berfikir di luar kotak. Akhirnya aku cuma dapat beri ucapan klise "Selamat Pengantin Baru" saja. Argh!

Lantak lah. Nak jugak buat ucapan lagi sekali. Begini bunyinya:


"Alhamdulillah dan tahniah di atas penyatuan kalian berdua.
Harapan aku semoga kalian sentiasa saling sayang-menyayangi.
Inshaallah, brotherhood & sisterhood kita akan jadi lebih teguh.
We love you both.
P/S: Hadiah untuk aku jangan buat-buat lupa pulak?! LOL."

02 December 2008

Perkara yang Membuatkan Aku Naik Darah Petang Tadi

Lokasi: Pizza Hut, Metro Point Kajang
Jam: 1750-1830

Trainee 1: [Berdiri sambil tunggu pesanan aku dan Adik Becok].
Adik Becok: Sensasi Delight, topping Tropical Chicken.
Aku: Sensasi Delight, Waikiki Paradise.

T1: [Tulis pesanan].

AB: Awak nak tak tambah cheese yg stuffed crust tuh?
A: Nak. Okay, kitorang nak tambah cheese dalam crust.
T1: Okay, kejap ye. Saya pegi tanya jap.

T1: [Datang balik ke meja]. Boleh nak tambah tapi kena bayar RM4.00 satu set.
A & AB: Okay!
T1: Okay, pizza akan dihantar dlm masa 17 minit ye.

========

Pizza datang.

A: [Cubit sikit pizza dan rasa dalam crust tak ada cheese langsung]. Eh, mana stuffed crustnya nih?
AB: A'ah lah. Saya pun baru terperasan....dah makan dah pun. [Panggil seorang trainee yang sedang berkeliaran].

Trainee 2: Ye?

A: Tadi kitorang mintak stuffed crust, naper takde cheese pun nih?
T2: Laa, kenapa tak cakap awal-awal? Akak dah makan dah. Stuffed crust biasa dah boleh nampak dia gebu sikit.
A: [What shit are you talking about? I'm not a Pizza Hut freak. Ko ingat aku boleh tau rupa dia, just at a glance?]
T2: [Belek-belek order sheet]. Jap ye.

Manager bangang: [Dengan muka tak mesra pelanggan langsung]. Ada apa problem ni kak?

A: Camni, tadi kitorang order nak tambah stuffed crust. Tapi tak ada.
MB: Betul ada cakap ke stuffed crust?
A: Betul, saya siap sebut cheese DALAM CRUST.
MB: Sebab kat sini ada cheese kat tepi dan kat tengah. Mana satu yg disebut tadi?
A: Kat tepi lah......DALAM CRUST.

T2: [Buat muka mengejek dan menyampuk]. Yang ini pun crust jugak, nama dia pan crust.
A: [Diam dan rasa pelik sebab budak ni pekak ke, aku dok sebut DALAM CRUST 1083x dah nih].

MB: Sebab apa...cheese yang awak makan sekarang ni kat topping je. Tu kita panggil extra cheese. Pasal tu kena tambah RM4.00.
A: Kitorang tak mintak extra cheese pun. Kitorang mintak stuffed crust, cheese yang kat DALAM CRUST tuh! [My blood dah go upstairs dah, bak kata Julie Dahlan].

MB: [Terkedu dan teragak-agak]. Okay camni lah, saya voidkan extra cheese. So tak payah bayar lah. Okay?
A: Okay.

10 minit kemudian, Manager Bangang dan Trainee 2 datang lagi.

MB: Erm, tadi saya dah check. Extra cheese tuh memang tak boleh nak void.
A: [Senyum sinis]. Tadi boleh, sekarang tak boleh pulak?
MB: Okay, camni. Apa kata kalau saya tukarkan dengan satu pan stuffed crust yang baru? [Masa dia bagi pilihan ni, pizza aku & Adik Becok hampir habis dan kami yang bagaikan ular kekenyangan berpendapat tak ada gunanya pun dapat pizza baru].

A & AB: Tak payah lah, dah nak abis dah pun.
MB: Takpe, saya gantikan yang ini [tunjuk pada pizza Adik Becok yang masih ada 3 keping pizza belum diusik].
AB: Takpe, tak payah lah. Dah kenyang dah pun.
A: [Hairan, kos untuk extra cheese sebanyak RM8.00 tak boleh waive tapi nak ganti dengan satu pan pizza yang baru. Very da peliks kan offer diorang tu?]. Takpe, takpe. [Sambil buat muka sinis].
MB: Betul nih?
A: Takpe tak payah [muka maintain sinis dan malas nak pandang muka si bangang tu].
MB: [Berlalu pergi tanpa ucap maaf/terima kasih langsung].

T1: [Dengan muka serba salah]. Tadi memang ada order stuffed crust ke?
A: YA! [Juga malas nak pandang muka si loser nih].
T1: [Berlalu pergi tanpa ucap maaf juga. Langsung].

OMG. My goodness. Dunia ni nak kiamat ke? How on earth Pizza Hut hire such bunch of motherfuckers yang kerja macam tak kerja ni?! Aku bayar tau caj perkhidmatan korang tu.

Owh, mungkin ini lah padahnya kalau nak membeli courtesy dengan memesan set pizza yang murah. Damn.