31 December 2008

Senarai Buku yg Aku Baca Tahun Ini

1. Palace Walk - Naguib Mahfouz
2. Night Swimming - Robin Schwartz
3. Interview with the Vampire - Anne Rice
4. Hijab Sang Pencinta - Ramlee Awang Mursyid
5. The Alchemist - Paulo Cuelho
6. I Am Muslim - Dina Zaman
7. Juara - S. Othman Kelantan
8. Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman - Anwar Ridhwan
9. Anugerah Pertama - Ramlee Awang Mursyid
10. APi KL Belum Terpadam - Antologi cerpen & sajak
11. Kasut Hitler - Antologi cerpen & sajak
12. 1515 - Faisal Tehrani
13. Bad Boy - Olivia Goldsmith
14. Seorang Tua di Kaki Gunung - Azizi Hj Abdullah
15. Ayat-Ayat Cinta - Habiburrahman El-Shirazy
16. Lukisan Hati - Nazlifah Halmi

Sikit kan?! Ini jelah yang aku ingat. Buku-buku ni ada yang dibeli, dipinjam dari perpustakaan tempat aku bekerja & ada yang dipinjam daripada kenalan/kawan.

Aku ni suka membaca tapi kadang tu malas jugak [dan sebab ini jugalah aku mampu baca +-16 buku jer!]. Ada satu buku ni, bos aku dulu hadiahkan sempena hari jadi aku, sampai sekarang belum khatam. Cerita dia bosan gila okay!

Mungkin sama bosan dengan buku yang pernah aku hadiahkan padanya sebelum tu sebab dia kata lingo buku tu agak sukar difahami. Hurm.

Daripada senarai di atas, aku nak sangat-sangat nonton filem Jogho yang diadaptasi daripada novel Juara tu. Dah berbulan-bulan aku dok cari VCD/DVD filem ni, hatta di internet pun tak ada.

So korang, kalau tau benda alah ni boleh dapat kat mana...bagitau aku ye? Tengkiu :)

Selamat Tahun Baru!

No comments: