23 September 2008

Nota Ramadan III

Dalam banyak-banyak juadah berbuka puasa yang boleh didapati di param, ada satu benda yang aku suka cari [tapi tak beli].

Sebab aku rasa harga kuih-muih dah overpriced nak mam....[oops, puasa!]. Dah tak main RM1 dah. Silap-silap orang yang menjual gelakkan kau nak kuih RM1.

"Satu 40 sen, kak!"

Nah. Dua minggu lepas aku berjaya buat benda yang aku suka cari [tapi sangat berkira untuk membelinya di param].

Taraaaaa.....!







[Maaf. Gambar tak dapat disiarkan kerana lupa nak snap!]


:P

18 September 2008

Nota Ramadan II

1. Pangkas rambut buat kali kedua dalam tempoh dua minggu. Tulah akibatnya nak sangat ber-fringe. Dan hasilnya - rambut aku dah jadi jongos!

2. Recommend salon yang aku selalu kunjungi kepada Awek Always Right. Kemudian, rasa sangat berdosa!

3. Di rumah Shah Alam, beberapa jenis kuih raya telah dipamerkan dengan begitu menggiurkan sekali oleh pembeli kuih raya tegar, Ibunda dan Aman. Aku sorry lah...tak ada bajet untuk kuih raya tahun ni.

4. Membeli-belah ketika hari biasa sangat memberi peace of mind. Di Shah Alam lah tapi, Jalan TAR aku tak pasti.

5. Baju raya dah siap! Juara baju raya paling banyak disandang oleh Ibunda. Vogue and the vast lah mak haku nanti.

6. Aku banyak makan nasik. Aiyark!

12 September 2008

Nota Ramadan


1. Namanya Tikus Bulat. Baru saja keluarga aku bela & dah pun mati. Selama ni kami tak tahu pun yang anak kucing tak boleh dimandikan!

2. B yang ditunggu-tunggu akhirnya masuk. Lepas lah duit mesin basuh.

3. Berjaya makan oat & kurma untuk berbuka. Tapi bila balik Shah Alam, nasik jugak yang aku sental.

4. Baru turun 3kg sejak Julai. Semua tekanan nak jadi pengapit punya pasal lah ni. Kehkeh.

5. Belum berterawih lagi buat masa ni. Malas betul. Haih.

6. Hari keenam Ramadan dah mula terdengar lagu raya di kedai dan pasar raya. Rimasnya lah hai.

7. Cuti raya yang kebarangkalian yang tinggi tak diluluskan. Malas nak cakap dah.

8. Di kawasan Bangi dan Kajang ni, aku rasa Pasar Ramadan Seksyen 1 Bangi yang terbaik.

9. Lupa nak cerita. Awal bulan lepas, aku dan Adik Becok telah menerima kedatangan teman serumah baru, Winona [eleh macam lah nama betul]. Terbaru Winona ni berura-ura nak pindah sebab nak duduk serumah pula dengan kawan sepejabat lama dia dulu yang dapat tawaran bekerja di tempat kami. Pulak dah! Lari bajet lah ini macam.....

08 September 2008

Enthusiasm Terbaru

Buat perbelanjaan kewangan, bulanan dan tahunan. Aha, aku memang suka mengira duit. Tapi tak berapa pandai nak "beranakkan" duit. Kamu reti?

Selama ini aku tak pernah rasa berkenderaan sendiri tu satu keperluan bagi aku. Mungkin faktor lokasi tempat kerja yang pada masa itu agak mudah diakses dengan pengangkutan awam. Namun akhirnya, setelah mendapat ilham dari Ilahi, aku bercadang nak beli kereta awal tahun depan. Dah segan nak menumpang orang, terutamanya bila melibatkan isu duit minyak. Buat masa ni, aku baru ada beberapa senarai pendek kereta apa yang nak dibeli. Yang pasti, Savvy telah ditendang keluar daripada senarai atas nasihat pengguna kereta itu sendiri.

Itu hari keluarga aku pergi usya satu rumah ni kat Kota Kemuning. Teres dua tingkat, lot tepi dan nampak gaya macam tak pernah dihuni. Aku & adik-adik memang berminat sebab kawasan perumahannya terancang, nyaman, bukaan saiz dan harga pun boleh tahan, kemudahan bagus [cuma tak ada pengangkutan awam rasanya] dan lokasinya taklah jauh sangat dari rumah yang kami diami sekarang. Tapi tulah...mungkin kena hold dulu, sampai aku & adik-adik dapat job confirmation. Hurm....

Dulu Lain. Sekarang Lain.

Err maksud aku, dulu pergi kerja naik public transport dan sekarang dok menumpang kereta orang. Dan ini juga jadi penyebab aku dah jarang dengar stesen kegemaran aku.

Di stesen radio itu, korang boleh perasan yang pilihan lagunya yang lebih terkehadapan dari stesen-stesen radio lain. Contohnya lagu Ketahuan [Matta] seingat aku dah diputarkan seawal Julai/Ogos tahun lepas. Masa tu memang susah sangat nak dengar lagu ni dimainkan di Era dan/atau Hot yang hanya main lagu ni pada awal 2008 [aku ambil dua stesen ni je sebab kedua-duanya kemaruk rating]. Begitu juga dengan lagu-lagu Hujan. Cuma satu yang aku kurang gemar ialah mereka juga mengambil konsep memutar lagu yang sama setiap hari yakni konsep yang sama diterapkan oleh kebanyakan stesen radio swasta yang lain. Biasalah alasan lapuk - atas permintaan pendengar. Huh.

Satu masa dulu, stesen tu ada dua orang DJ yang aku sifatkan sebagai duo terbaik bagi rancangan pagi. Mereka adalah DJ Ayzack dan DJ Akhtar. Aku suka cara penyampaian mereka yang relax dan natural. Bebas dari unsur-unsur syok sendiri dan ejek-mengejek hidung siapa lebih kembang - bluerrgghh! Aku terkilan, kenapalah si Engku Emran atau KC Ismail [dengar cerita dia pun dah blah] ni buat reshuffle? Akhtar ditukar kepada segmen malam, yang Ayzack dah pun blah dari stesen tu. Dan mereka digantikan oleh Zhana & Zizi tapi yang sejak akhir-akhir ini Zizi & Tuah pulak. Apart from that, ada satu segmen yang aku suka juga - "Cik Pat Corner" yang dikelolakan oleh Kak V. Suara dia sangat kelakar! Walaupun pada mulanya aku sangkakan yg V tu for vagina. LOL!

Satu lagi yang aku suka ialah stesen tu tak ambil pendekatan gila glam mempromosikan DJ-DJ mereka agar mencapai tahap seleburiti [pinjam terma dia ni jap]. Cuma aku harap mereka ni lebih kreatif dari segi isi kandungan dan sangat-sangat berharap tak ada topik macam "siapa lebih terror memandu, lelaki atau perempuan?" dalam mana-mana rancangan mereka.

Owh, puhleazzee....