08 September 2008

Dulu Lain. Sekarang Lain.

Err maksud aku, dulu pergi kerja naik public transport dan sekarang dok menumpang kereta orang. Dan ini juga jadi penyebab aku dah jarang dengar stesen kegemaran aku.

Di stesen radio itu, korang boleh perasan yang pilihan lagunya yang lebih terkehadapan dari stesen-stesen radio lain. Contohnya lagu Ketahuan [Matta] seingat aku dah diputarkan seawal Julai/Ogos tahun lepas. Masa tu memang susah sangat nak dengar lagu ni dimainkan di Era dan/atau Hot yang hanya main lagu ni pada awal 2008 [aku ambil dua stesen ni je sebab kedua-duanya kemaruk rating]. Begitu juga dengan lagu-lagu Hujan. Cuma satu yang aku kurang gemar ialah mereka juga mengambil konsep memutar lagu yang sama setiap hari yakni konsep yang sama diterapkan oleh kebanyakan stesen radio swasta yang lain. Biasalah alasan lapuk - atas permintaan pendengar. Huh.

Satu masa dulu, stesen tu ada dua orang DJ yang aku sifatkan sebagai duo terbaik bagi rancangan pagi. Mereka adalah DJ Ayzack dan DJ Akhtar. Aku suka cara penyampaian mereka yang relax dan natural. Bebas dari unsur-unsur syok sendiri dan ejek-mengejek hidung siapa lebih kembang - bluerrgghh! Aku terkilan, kenapalah si Engku Emran atau KC Ismail [dengar cerita dia pun dah blah] ni buat reshuffle? Akhtar ditukar kepada segmen malam, yang Ayzack dah pun blah dari stesen tu. Dan mereka digantikan oleh Zhana & Zizi tapi yang sejak akhir-akhir ini Zizi & Tuah pulak. Apart from that, ada satu segmen yang aku suka juga - "Cik Pat Corner" yang dikelolakan oleh Kak V. Suara dia sangat kelakar! Walaupun pada mulanya aku sangkakan yg V tu for vagina. LOL!

Satu lagi yang aku suka ialah stesen tu tak ambil pendekatan gila glam mempromosikan DJ-DJ mereka agar mencapai tahap seleburiti [pinjam terma dia ni jap]. Cuma aku harap mereka ni lebih kreatif dari segi isi kandungan dan sangat-sangat berharap tak ada topik macam "siapa lebih terror memandu, lelaki atau perempuan?" dalam mana-mana rancangan mereka.

Owh, puhleazzee....

No comments: