12 September 2008

Nota Ramadan


1. Namanya Tikus Bulat. Baru saja keluarga aku bela & dah pun mati. Selama ni kami tak tahu pun yang anak kucing tak boleh dimandikan!

2. B yang ditunggu-tunggu akhirnya masuk. Lepas lah duit mesin basuh.

3. Berjaya makan oat & kurma untuk berbuka. Tapi bila balik Shah Alam, nasik jugak yang aku sental.

4. Baru turun 3kg sejak Julai. Semua tekanan nak jadi pengapit punya pasal lah ni. Kehkeh.

5. Belum berterawih lagi buat masa ni. Malas betul. Haih.

6. Hari keenam Ramadan dah mula terdengar lagu raya di kedai dan pasar raya. Rimasnya lah hai.

7. Cuti raya yang kebarangkalian yang tinggi tak diluluskan. Malas nak cakap dah.

8. Di kawasan Bangi dan Kajang ni, aku rasa Pasar Ramadan Seksyen 1 Bangi yang terbaik.

9. Lupa nak cerita. Awal bulan lepas, aku dan Adik Becok telah menerima kedatangan teman serumah baru, Winona [eleh macam lah nama betul]. Terbaru Winona ni berura-ura nak pindah sebab nak duduk serumah pula dengan kawan sepejabat lama dia dulu yang dapat tawaran bekerja di tempat kami. Pulak dah! Lari bajet lah ini macam.....

No comments: