30 May 2008

Buku teks BI aku yang terbaik ialah.....

Tak pasti apa masalah yang melanda aku - at times I feel like I have lost my social skill.

Di pejabat, aku seorang yang kurang bercakap dan aku menjadi lebih observant. Tatkala orang lain sibuk berkumpul dan bergosip [perihal orang yang sama dan ianya sungguh amat membosankan!], aku pulak bertungkus-lumus menghabiskan bacaan Palace Walk. Aku memang tak reti nak mingle dengan kelompok macam ni. Dan aku juga kurang pandai nak mengucap salam pada senior apatah lagi pada bos. Entahlah, kalau hati dah tak ikhlas buat apa nak buat...ye tak? Yang aku pandai cumalah memberi simple smile kepada mereka.

Bila direnung kembali, aku rasa apa yang membentuk sifat individualistik aku ni ialah pengalaman kerja lalu aku di mana pada waktu itu, aku hanya berdua dengan DC [ex HOD aku]. Sepanjang pengalaman aku bekerja dengan beliau, dia telah berjaya mengajar aku apa erti resourcefulness dan paling penting, berdikari. Dan method pengajaran beliau iaitu hands-on and experiential learning telah menyebabkan aku membuat banyak perbandingan dengan method latihan di tempat kerja aku sekarang. Hasilnya, aku berjaya mengenal diri aku [dalam konteks pembelajaran yang macam mana lebih menusuk kepala otak aku ni].

Beberapa minggu lepas, aku telah menghadiri dua set latihan soft skills. Latihan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris [yang menjadi rungutan sesetengah rakan sepejabat] kerana jurulatihnya adalah seorang Singaporean yang tidak faham dengan Bahasa Malaysia. Dia bagus cuma kadang-kala, aku kurang gemar dengan sikapnya yang suka mencelah ketika role play dijalankan. Nak dijadikan cerita, aku pernah berselisih pendapat dengan Awek Always-Right. Saat aku bercerita padanya seorang senior kami berjaya membuat role play dengan baik, dia menyampuk "ala....akak tu memang terror English, bolehlah". Aku katakan ini bukan faktor "terror ke tak" tapi kebiasaan/kekerapan senior itu berbahasa Inggeris dalam kehidupan sehariannya. Dan sekali lagi secara defensif, Awek Always-Right menegakkan hujah lemaunya "yelah, maksud saya dia dah pandai English memanglah senang nak jawab soalan customer tu semua...blabla". Malas aku nak bertekak tapi dalam hati aku cakap "ini bukan masalah pandai-tak-pandai, terror-tak-terror lah bodoh! Masalahnya kau tu yang malas speaking". Nama saja lepasan IPTA dan ada degree, dah tu tak malu mengaku lemah Bahasa Inggeris.

Nak dijadikan cerita sekali lagi, Awek Always-Right telah menangis depan rakan-rakan yang lain ketika membuat role play. Punca utama [yang diakui sendiri oleh dia] - masalah Bahasa Inggeris. Ah, kasihan kamu!

*****

Lanjutan dari kisah di atas.

Secara peribadi, aku sangat mengagumi dan pada masa yang sama, envy pada orang-orang yang menguasai Bahasa Inggeris. Tulisan mahupun percakapan. Contoh situasi: bila aku mendengar Cheryl Samad ber-BI dan secara automatisnya, suis cemburu aku akan menyala dan seraya aku bermonolog "kalaulah aku fluent gila macam dia ni...kan best!". Haha!

Masa aku kecil dulu, aku kerap membuat pronunciation imitation yang berulang-ulang terhadap percakapan Bahasa Inggeris dalam filem dan drama Barat. Ianya menjadi obses sehingga menimbulkan kemarahan adik aku, Ajiz. Hehe, dulu punya cerita. Tetapi aku tidak pernah bertutur secara serius [baca: berbual dengan keluarga atau rakan-rakan] dan menulis esei dalam Bahasa Inggeris. Sehinggalah sewaktu aku Tingkatan 1 dan 2, di mana sekolah aku menggunakan buku teks dari Singapura iaitu Focus On English sebagai silibus utama. Selalunya aku tak dapat menyelesaikan dan menjawab soalan di dalam buku itu dan akan meminta tolong Ayah untuk menjawabnya. Naik bernanah telinga aku ni dengar makian Ayah!

Jadi, aku menyampah bila berjumpa dengan orang yang so-called berpelajaran tinggi tetapi bila bab berbahasa Inggeris, kantoi. Aku jadi lebih menyampah bila mereka ini dengan mudah dan bongoknya bila berkata "ala ko terror speaking" atau "buat apa nak speaking beriya, bukannya guna sangat pun kat opis kita ni" and all that shit. Tak boleh blah, doh - bak kata budak hingusan. Come on lah...adakah aku dan kau dilahirkan terus pandai berbahasa Inggeris? Sesiapa yang sebaya dengan aku, aku pasti pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah telah bermula seawal Darjah 2 [aku pelik kenapa tak mula dari Darjah 1?]. Dan ianya tak berakhir di situ sebab di universiti juga ada modul-modul Bahasa Inggeris tertentu. Maka, apa yang membezakan kita semua dari segi kefasihan?

USAHA lah....apa lagi?! Dah kalau kepala otak tu masih ada sentimen "Bahasa Inggeris adalah eksklusif untuk mereka yang poyo dan berlagak", haih....aku kasihan akan kau.

Mereka yang fasih Bahasa Inggeris biasanya berfikir dalam bahasa tersebut. Dan inilah satu-satunya yang aku gagal lakukan secara total sampai sekarang. Sigh.

14 May 2008

Mimpi. Dejavu.

Aku telah mengalami mimpi yang ganjil semalam. Sangat ganjil.

Seorang gay memaksa seorang suami untuk diliwat oleh dia sambil disaksikan oleh si isteri. Jika si suami enggan, dia akan dibunuh. Si suami bersetuju tetapi akhirnya dibunuh. Si isteri pula sempat melarikan diri dan si lelaki gay memburunya pula untuk dibunuh.

Dan mimpi aku berakhir di situ.

Isk. Mimpi apakah....?


*****

Anugerah Planet Muzik 2008.
Meet Uncle Hussain.
The vocalist.

Macam pernah jumpa....

Tinggg! Oh! Rupanya iras lelaki yang pernah meminta aku jadi pacarnya dulu. Hehe.

11 May 2008

Jika ada orang bertanya pada aku - apa pengorbanan terbesar ibu kepada anda?


Jawapan aku:
Membesarkan aku dan adik-adik sebagai seorang ibu tunggal. 12 years and still kicking!


Aku masih ingat dengan jelas lagi malam-malam membuat menguli dan mengelim karipap, memotong cili kering untuk dibuat sambal nasi lemak, membungkus kuih koci...suatu zaman di mana aku sendiri sering menjadi Mahatma Gandhi di sekolah, bukan sebab berdiet, tapi nak kumpul duit beli buku rujukan dan latih tubi PMR & SPM.

Zaman yang nostalgik dan terlalu priceless. Cukup untuk mengajar aku bahawa kesusahan itu sebenarnya suatu nikmat yang tidak diketahui hikmahnya.

Terima kasih, Ibu!

Doa aku hanya satu: semoga aku diizinkan tuhan agar dapat membalas semua kebaikan Ibu, selagi hidup dan selagi terdaya.