25 June 2008

Wishlist!



Sempena ulangtahun kelahiran aku semalam, aku berfikir. Alangkah indahnya hidup aku jika dihujani dengan hadiah-hadiah berikut:

1. Pakej cuti-cuti Malaysia ke Pulau Sipadan.

2. Wedges Nine West. Preferably white :)

3. Dinner kat Alexis sambil menonton Mia Palencia. Dan dia nyanyi Happy Birthday untuk aku.

4. Tote bag yang bulky & berwarna-warni. Aku dah bosan dengan hitam.

5. Kek Chocolate Banana Secret Recipe. Sebab aku tak pernah merasa kek ni [kasihan aku kan?], dengar cerita sedap nak mampus.

*Berangan sat*


Kepada mereka-mereka yang ucap selamat kepada aku - di rumah, di pejabat, SMS, MMS mahupun di Facebook.

TERIMA KASIH.
THANK YOU.
TOCHE.
NANDRI.
GRACIAS.
SYUKRAN JAZILAN.
AHLAN WA SAHLAN. [eh?]

19 June 2008


Tak pernah seumur hidup aku nak kejar skuad pemberi barang percuma stesen radio. Tadi petang, dengan rasa penuh berat...terpaksalah ikut.

Bukan salah rakan-rakan aku tu. Yelah. Siapa tak suka dapat barang percuma kan? Sekurang-kurangnya tadi dapat lah Tropicana Twister perisa epal [boleh tahan], Malay Mail [boleh baca online pun], robot pasang-pasang tema Euro 2008 [tak minat], ubat gigi Darlie bersaiz mini [tak tahan!] dan paling aku suka ialah majalah Cosmopolitan versi BM - sekali lagi, sebab free.

Heh.

16 June 2008

Yang sudah jarang dijumpai. Mungkin pupus tak lama lagi?

Nak kena pelangkung ni....

[Entri ini mungkin berbau sexist. Sila tutup tetingkap anda jika tak nak baca. Terima kasih.]


Nilai gentleman seseorang lelaki.

Boleh dikatakan dalam ramai lelaki yang aku berkawan, hanya kira-kira 10% saja yang terdiri daripada golongan ini. Ataupun aku tak begitu terdedah dengan mereka?

Fine, but that's not the point.

Ciri-ciri gentleman yang aku lihat mungkin berbeza dengan kamu semua. Gentleman bukanlah semudah lelaki membuka pintu untuk wanita keluar dari kereta! Look, this is a very shallow misconception.

Gentleman - dalam bahasa aku ialah respect. Rasa hormat yang meliputi semua makhluk tuhan, bukan tertakluk pada wanita saja. Kualiti ini mungkin dapat dikesan melalui kata-kata dan a fixed way of thinking yang secara automatisnya, membentuk akhlak seseorang. Hurm, rumit juga aku nak terangkan ni.

Aku pernah melihat bapa saudara aku sendiri - cara dia memberi wang kepada waiter iaitu dgn mencampakkan satu persatu duit kertas ke meja makan. Jijik. Bapa saudara aku tu - bekas pramugara. Jijik 100x.

Gentleman yang aku pernah jumpa - ciri-cirinya agak simple tetapi sudah cukup membuat aku menghormati dia. Aku masih ingat lagi ketika aku membelanja rakan-rakan makan di sebuah restoran. Bila bil sampai, dia menghulurkan sejumlah wang kepada aku dan tentunya aku menolak sebab dah memang niat aku nak membelanja orang. Namun, dia tetap insist! Seperkara lagi ialah setiap kali aku berjalan kaki dengannya, dia sentiasa memastikan yang dia berjalan di sebelah yang berhampiran dengan laluan kenderaan. Dia taklah soft-spoken orangnya [jauh sekali control macho] tetapi suka menjaga manner ketika berbual.

A natural gentleman......sesungguhnya sangat rare. Chauvinist? Bersepah.

09 June 2008

Indulge tak hengat

Nafsu membeli-belah datang lagi. Dan aku telah membeli satu benda yang tak patut dibeli.

Sebatang berus liquid blusher dan liquid foundation. RM100! Bulu tupai kaedahnya. Aduiii...kopak duit plastik aku. Bila fikir-fikir balik, baik aku beli rak dapur.

Bak kata Adik Becok, "takpe...yang ni beli sekali seumur hidup je!". Huahua!