16 June 2008

Yang sudah jarang dijumpai. Mungkin pupus tak lama lagi?

Nak kena pelangkung ni....

[Entri ini mungkin berbau sexist. Sila tutup tetingkap anda jika tak nak baca. Terima kasih.]


Nilai gentleman seseorang lelaki.

Boleh dikatakan dalam ramai lelaki yang aku berkawan, hanya kira-kira 10% saja yang terdiri daripada golongan ini. Ataupun aku tak begitu terdedah dengan mereka?

Fine, but that's not the point.

Ciri-ciri gentleman yang aku lihat mungkin berbeza dengan kamu semua. Gentleman bukanlah semudah lelaki membuka pintu untuk wanita keluar dari kereta! Look, this is a very shallow misconception.

Gentleman - dalam bahasa aku ialah respect. Rasa hormat yang meliputi semua makhluk tuhan, bukan tertakluk pada wanita saja. Kualiti ini mungkin dapat dikesan melalui kata-kata dan a fixed way of thinking yang secara automatisnya, membentuk akhlak seseorang. Hurm, rumit juga aku nak terangkan ni.

Aku pernah melihat bapa saudara aku sendiri - cara dia memberi wang kepada waiter iaitu dgn mencampakkan satu persatu duit kertas ke meja makan. Jijik. Bapa saudara aku tu - bekas pramugara. Jijik 100x.

Gentleman yang aku pernah jumpa - ciri-cirinya agak simple tetapi sudah cukup membuat aku menghormati dia. Aku masih ingat lagi ketika aku membelanja rakan-rakan makan di sebuah restoran. Bila bil sampai, dia menghulurkan sejumlah wang kepada aku dan tentunya aku menolak sebab dah memang niat aku nak membelanja orang. Namun, dia tetap insist! Seperkara lagi ialah setiap kali aku berjalan kaki dengannya, dia sentiasa memastikan yang dia berjalan di sebelah yang berhampiran dengan laluan kenderaan. Dia taklah soft-spoken orangnya [jauh sekali control macho] tetapi suka menjaga manner ketika berbual.

A natural gentleman......sesungguhnya sangat rare. Chauvinist? Bersepah.

2 comments:

Anonymous said...

Nad-I knoe who is he~ he is Tarry Tham kan ? I remember where is the "thing" happen.....kat Chillis kan....yeaaayyyyy...

cuqisz said...

kau ni tak boleh simpan rahsia langsung! LOL.