19 January 2009

Seksanya!

Tak pasti kenapa aku kerap teringat akan seseorang yang pernah aku lukakan hatinya pada waktu lampau.

Nak kata rindu, entah lah?

Sesal. Adalah perkataan yang tepat.

Kerana aku memilih penyelesaian yang sungguh menyakitkan hatinya. Hati aku puas dan dia mengalah. Sengaja aku kuburkan perasaan kasihan kepada dia.

Justeru, aku dan dia moved on.

Dan selepas tujuh tahun. Tujuh tahun ya tuhan, kenapa baru sekarang engkau hadirkan perasaan ini?

03 January 2009

First Time aku ke Spa!

Satu penderitaan fizikal yang aku alami sejak dua tahun lepas ialah sakit pinggang dan tengkuk, kedua-duanya di belah kiri. Sakit tu selalu datang ketika di pejabat. Pelik juga. Sakitnya tak lah sampai aku menjerit-melalak [naudzubillah] tapi yelah, bila sakit dah tentu rasa tak selesa dan hilang fokus kan?

Lebih musykil lagi bila aku rasa aku tak boleh nak berdiri lama-lama sekarang, mula lah terasa sengal pinggang. Aku bajet ni mesti kes overweight. Lalu, terbuka cerita pada sepupu aku, Ara. Kata dia, "Tak semestinya overweight. Pernah tak ada sakit kat sini?" dia tunjuk kat tengkuk dan bahu aku. Hurm...tak syak lagi itu STRES namanya ye cik puan, kata Ara.

Aku yang dah tak tertahan lagi dek kesakitan dan kesengalan itu, akhirnya pun pergi lah ke spa rawatan Islam yang Ara cadangkan. Reason lain: pakej macam menarik + harga berpatutan + aku tak pernah ke spa seumur hidup. Haha.

Pakej dia macam ni:

Bertangas
Scrub
Body mask
Milk bath

Dia bagi free:
Facial
Foot spa
Urut refleksologi

Ni pakej untuk body whitening. Walhal aku bukan gila sangat nak memutihkan badan pun. Lantak lah. Aku buat sekali harung [malas nak pergi berperingkat-peringkat], whole process takes about 4.5 hours! Semua ni dengan harga RM130.

The pros:
~ Ada offer pickup & return service from & to stesen Komuter Serdang - by the owner.
~ The spa girls baik dan mesra.
~ Skills mereka bagus. Nampak lembut je tapi tangan kuat kemain bila mengurut. I like. LOL.
~ Ada dihidangkan snek: roti, pengat pisang dan air teh.
~ Harga berpatutan. Dan aku sepatutnya pilih pakej yang ada urutan sekali.

The cons:
~ Tak ada ambience. Sangat biasa. Nak kata cozy pun tak, nak kata serabut pun tak. Elemen ini pada aku agak penting bagi sebuah spa sebab orang datang nak merehatkan minda dan tubuh badan.
~ Aku tak nampak pula nilai-nilai Islam pada spa ini. Ingatkan berselawat/berzikir masa treatment ke. Melainkan spa girlsnya yang bertudung [sebagai syarat utama]. Duh.
~ No ass-scrubbing. Patutnya ada kan? Rasa macam tak lengkap pulak.
~ Bayaran secara tunai sajork.

Dan akhirnya aku diminta membayar tambahan RM20 sebagai yuran keahlian spa. Tak diterangkan dari awal pun, tau-tau dah masuk bil. Ceh.

People say you get peanuts if you pay peanuts. Tapi yang aku dapat ni tak adalah kacang mana pun. Seronok memang seronok. Lebih seronok kalau dapat diurut [ini sepatutnya objektif utama aku!]. Dan tak lama lepas tu muka dan badan naik berlengas semacam, berpeluh-peluh tunggu keretapi lembab waktu pulang dari spa- reaksi biasa badan dan muka aku bila dikenakan losyen, rimas!

Sekian pengalaman pertama saya pergi membuat rawatan di spa. Diharap dapat mematangkan saya dan mungkin anda juga pada masa hadapan. Jumpa lagi. Vanekem.