31 January 2008

Lagi 45 minit sebelum balik. Aku sedang kekerasan takde kerja nak buat.

Al-kisahnya, aku mendapat panggilan telefon semalam yang memberitahu aku dapat job [again!] kat satu badan berkanun ni. Tawaran yang aku tunggu-tunggu. Bukan kerana $$, bukan kerana kerja itu menarik [menarik ke, kena jawab segala mak nenek pertanyaan dan komplen yang diselang-selikan dengan maki-hamun]. Tapi kerana prospek kerjaya yang [jika diizinkan tuhan] cerah.

Aku harap aku membuat keputusan yang betul. Kalau tak betul pun…..wth.

Aku rindu lagi dengan tugas lama aku, PGO. Kerana di situlah semangat aku, universiti kerjaya/hidup aku yang sebenar. Tapi aku terpaksa jugak tinggalkan dek terlalu ingin mengejar benda baru dan kegagalan aku menerima cara sang HOD baru. Si perempuan yang menggantikan portfolio aku, terlalu berbangga memberitahu semua orang yang – "I’m in the branding team". Padahal satu benda branding pun dia tak tahu – objektif, hala tuju, skop sasaran bla..bla..bla. Aku bet! Buktinya, ramai yang tak puas hati dengan auction items yang dilelong mingguan. Itu belum campur lagi dengan system enhancement [UAT sana sini], buat content untuk PGO, how to deal with system errors dan bermacam benda lagi. Dua minggu memang tak cukup untuk melatih diorang. Sampaikan diorang cakap apa, "Waaa….banyaknya kerja you. Tak sangka. Selama ni I ingat you tolong-tolong DC jer". Atau lebih teruk, "I ingat you ni P.A DC…".

Dohbo!


***


Esok cuti Hari Wilayah. Aku teringin nak masak:

~ Tomyam
~ Kailan masak belacan
~ Daging merah
~ Telur dadar [telur bungkus tak reti]


Huhu.

Pergi


Aku dengar dan lihat semalam berita pasal kematian Loloq, seorang penulis lirik terkenal tanahair.

Secara peribadi aku tak mengenali arwah dan bukan peminatnya. Ayah aku mungkin kenal kerana arwah sering menaiki teksi ayah dan berborak berbasa-basi tu adalah sikit. Namun tak dinafikan lirik-lirik nukilannya sangat terkesan, terutama bagi aku apabila mendengar "7 Nafas" [M. Nasir] dan "Mama Tolonglah Percaya" [Exists]. Mungkin ada lagu yang aku minat yang aku tak perasan atau tak tahu liriknya ditulis oleh arwah [pening tak korang baca?].

Dan pagi ini, di dalam sebuah forum, ramai yang mempersoalkan betapa tidak sensitifnya DJ-DJ radio kerana memutarkan lagu-lagu arwah. Dan mereka juga memekak pasal betapa terseksanya arwah Loloq ketika lagu-lagunya dimainkan di radio.

Aku percaya pada seksa kubur. Memang. Tapi bukan tugas kita nak tentukan orang ni diseksa, orang tu tak diseksa. Siapalah engkau wahai manusia? Paling tidak pun, adakah engkau boleh memahami dengan baik lirik-lirik nukilan arwah?

Haih. Letihlah. Lemas. Dah terlalu ramai yang jadi dan ingin jadi holier than thou.

To Rosli Khamis @ Loloq, may Allah bless your soul. Tenanglah dikau di sana. Engkau tetap antara pengkarya terhebat yang lahir di nusantara ini.

15 January 2008

TV di rumah sudah dibaiki. Yeay, kita kembali mengkritik TV shows. Haha!

Minggu lepas ketika aku menyerahkan jemputan walimatulurus adik aku kepada Encik Beku seraya aku beritahu dia yang aku akan bercuti pada Isnin, dia seakan hairan mengapa cuti aku diluluskan. Siap bertanya "nak pergi interview ke?". Dengan nada sinikal juga aku menjawab "tak!". Aku dah cukup faham dengan orang-orang sinikal seperti dia ni. Dalam konteks pertanyaan itu, dia sebenarnya menganggap aku tak boleh cope dengan kerja ini. Aku teringat komen dan reaksinya dulu apabila dia mengetahui bidang tugas lama aku yang jauh menyimpang dari tugas sekarang.

"…susah tu…"

Tak ketinggalan juga dengan seorang akak department yang asyik nak "menakutkan" aku yang tugas ini sangat memeningkan. As if! Dah sebulan aku di sini, tak pernah pulak aku melihat dan merasa tekanan itu [aku tak minta, okay?]. Aku rasa yang lebih memeningkan ialah mentaliti dan sikap diorang.

[Pada waktu aku menulis ni lagu "Bila Cinta Didustai" dendangan kumpulan rock leleh "S" apa entah sedang berkumandang dari speaker akak department tu. Terseksa jiwa raga aku. Ptuih!].

Aku tersenyum. Yakin, echeh. People can say anything and everything, aite?

Nota: Encik Beku, seorang eksekutif yang lebih senior di dalam jabatan aku merupakan seorang emotionless lagi sinikal. Tapi hot [wink]. Berumur awal 30-an dan masih bujang. Kemungkinan besar straight kerana aku perhatikan dia asyik memakai tali leher yang sama setiap hari! Dan beg galas Nike yang macam belacan.

***

Aku, secara halus telah diinsult oleh salah seorang bapa saudara yang mencadangkan aku pergi mandi bunga. Secara serius - atas alasan cepat dapat jodoh. Aku hanya ketawa, kelakar melihat betapa terdesaknya diorang ingin melihat aku berkahwin!


Seterusnya dia bertanya tidakkah aku ingin berkahwin? Dan jawapan aku dah cukup buat mereka terkejut dan melatah [dah aku agak]. Dan aku biarkan dia terus melalut bila dia berkata "bila dah tua nanti, patung awak tak laku – takde orang yang nak!". [Nota: "Patung" ialah istilah orang kampung aku untuk "vagina"].

Haha. Better fuck yourself lah, you pathetic old man.

***

Aku sangat-sangat-sangat perlu memotong rambut! Tapi tak tau nak buat pesen apa? Idea – ke sini kau. Cepat!!

09 January 2008

Dalam keterujaan menyambut ahli keluarga baru, aku terfikir...

Bosan betul semenjak TV di rumah rosak. Punca: main PS2 24-jam [maaf, aku exxagerate saja tapi diorang memang layan games lama nak mampus]. Tulah, dulu masa TV tengah elok, aku asyik mengkritik rancangan-rancangan bodoh yang ditayangkan. Kan dah merajuk TV tu. Ahaha!

Aku memang perasan yang aku ni suka mengkritik. Maksud di sini hurm, mungkin idea/konsep seseorang atau sesuatu. Tetapi tidak bab-bab fizikal manusia dan kalau boleh aku elakkan mengkritik moral insan lain. Sebab – satu yang aku perasan, jika kita mengutuk/mengkritik/mengumpat [apa-apa yang berkaitan dengannya] orang, apa yang dikutuk/dikritik/diumpat itu akan terjadi atas diri kita. Kira karma lah. Untuk mengingatkan pada aku jugak yang mana manusia ini tidak sempurna dan tak seharusnya aku mengata mereka.

Jadi sekarang, aku rasa aku lebih banyak berfikir dan self-digest dengan kejadian dan manusia di sekeliling aku. Baru aku faham betapa baiknya jika tidak mempunyai prasangka terhadap mereka Dan betapa pentingnya bersifat toleran dan memahami antara satu sama lain. Yang ini – aku banyak diinspirasikan oleh rakan-rakan yang aku sayangi….dan Yasmin Ahmad.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH….[di mana adik aku akan menyambutnya dengan sebuah pernikahan].


Good luck, Aman.

04 January 2008

Hati mati

LB finally emailed me yesterday. With a bad news - dah aku agak. Lebih mengharukan, dia ke kafe siber dengan balutan di mata! Dan dengan bantuan anak saudaranya, dia berjaya menitip khabar buat aku.

Aku tak dapat bayangkan bagaimana agaknya perasaan aku jika LB di depan mata aku. Dengan keadaan dirinya yang sudah mula menggunakan white cane and with bandage and all. Maunya aku meraung! Aku memang emosional, BTW.

Pernah seorang rakan sepejabat mengata aku bodoh kerana terlalu cepat percaya pada seseorang yang begitu mysterious dan tak pernah berjumpa pun. Well, thank you and fuck you! Cakaplah apa orang nak cakap. Aku tak pernah peduli. Barangkali ya…aku terlalu mengikut kata hati, tapi itu bukan urusan anda.

SEDIH.

Aku sedih – dia enggan memberi nombor telefonnya.
Aku sedih – dengan sikapnya yang hanya ingin berserah pada takdir, seolah aku ni tak ada signifikan dalam hidupnya.
Aku sedih – hubungan ini ikhlas tapi aku tak berdaya nak berbuat apa-apa untuk menjadikannya lebih bermakna.
Aku sedih - kenapa aku tak dipertemukan dan dating dengannya lebih awal, in fact sebelum kemalangan itu [okay, yang ini aku tau ianya takdir].
Aku sedih – this relationship is so damn complicated!!

Argh. Lamenya aku.

Mari biarkan saja hubungan ini mengalir tanpa emosi kasih sayang. Masa untuk terima hakikat dan teruskan kehidupan.



When will we get the time to be just friends?
~ Amy Winehouse

02 January 2008

Di kala orang membilang detik tahun baru, aku sudah mengerekot dengan nyamannya

Aku tak tahulah nak terangkan bagaimana perasaan aku mengadap kerja baru ni. Ada kalanya bosan [most of the time, sebenarnya]. Tapi aku cuba jadi positif semata-mata nak cabar diri sendiri utk cuba something new.

Aku dah mula rasa buat silap. Ooops, maaf. Too early to tell – aku baru saja 3 minggu di sini!

Haih. I miss my old job.

Damn it.

***
Aku menelefon Ayah sejurus selepas mendapat panggilan yang memberitahu Nek Chik sudah pulang ke rahmatullah. Terasa annoyed pula bila ayah bertanya "Korang pergi ke?" dan aku menjawab "Tak sure lah, yah..".

Soalannya: kenapa perlu berkira-kira mahu pergi atau tidak?

Letih punya ayah yang merumitkan.

***
Lagi 6 hari, genaplah 2 bulan aku tak berhubung dgn LB. Aku pun sudah kurang mengingati dia, mungkin disebabkan aku terlalu banyak benda nak difikir dan dibuat semenjak-dua ni.


Ada 2 kemungkinan. Satu, dia tak dapat melihat lagi. Dua, dia sudah pulang ke rahmatullah.

Aku percaya dia masih ada. Namun aku tak punya idea bagaimana dan di mana nak menjejaki dia. Iya, kami memang bodoh sebab tidak pernah bertukar nombor. Semuanya berlandaskan kepercayaan [konon!].

Lisa mencadangkan aku ke Singapura dan mencari dia di segenap hospital di sana. Okay, idea itu mungkin kurang relevan dan membuang masa. Kau ingat hospital senang-senang nak beri maklumat pesakit?! Lain tahun, babe.

Doakan aku mendapat teman lelaki baru – supaya aku tidak perlu mencari LB lagi! Haha!