31 January 2008

Lagi 45 minit sebelum balik. Aku sedang kekerasan takde kerja nak buat.

Al-kisahnya, aku mendapat panggilan telefon semalam yang memberitahu aku dapat job [again!] kat satu badan berkanun ni. Tawaran yang aku tunggu-tunggu. Bukan kerana $$, bukan kerana kerja itu menarik [menarik ke, kena jawab segala mak nenek pertanyaan dan komplen yang diselang-selikan dengan maki-hamun]. Tapi kerana prospek kerjaya yang [jika diizinkan tuhan] cerah.

Aku harap aku membuat keputusan yang betul. Kalau tak betul pun…..wth.

Aku rindu lagi dengan tugas lama aku, PGO. Kerana di situlah semangat aku, universiti kerjaya/hidup aku yang sebenar. Tapi aku terpaksa jugak tinggalkan dek terlalu ingin mengejar benda baru dan kegagalan aku menerima cara sang HOD baru. Si perempuan yang menggantikan portfolio aku, terlalu berbangga memberitahu semua orang yang – "I’m in the branding team". Padahal satu benda branding pun dia tak tahu – objektif, hala tuju, skop sasaran bla..bla..bla. Aku bet! Buktinya, ramai yang tak puas hati dengan auction items yang dilelong mingguan. Itu belum campur lagi dengan system enhancement [UAT sana sini], buat content untuk PGO, how to deal with system errors dan bermacam benda lagi. Dua minggu memang tak cukup untuk melatih diorang. Sampaikan diorang cakap apa, "Waaa….banyaknya kerja you. Tak sangka. Selama ni I ingat you tolong-tolong DC jer". Atau lebih teruk, "I ingat you ni P.A DC…".

Dohbo!


***


Esok cuti Hari Wilayah. Aku teringin nak masak:

~ Tomyam
~ Kailan masak belacan
~ Daging merah
~ Telur dadar [telur bungkus tak reti]


Huhu.

No comments: