15 January 2008

TV di rumah sudah dibaiki. Yeay, kita kembali mengkritik TV shows. Haha!

Minggu lepas ketika aku menyerahkan jemputan walimatulurus adik aku kepada Encik Beku seraya aku beritahu dia yang aku akan bercuti pada Isnin, dia seakan hairan mengapa cuti aku diluluskan. Siap bertanya "nak pergi interview ke?". Dengan nada sinikal juga aku menjawab "tak!". Aku dah cukup faham dengan orang-orang sinikal seperti dia ni. Dalam konteks pertanyaan itu, dia sebenarnya menganggap aku tak boleh cope dengan kerja ini. Aku teringat komen dan reaksinya dulu apabila dia mengetahui bidang tugas lama aku yang jauh menyimpang dari tugas sekarang.

"…susah tu…"

Tak ketinggalan juga dengan seorang akak department yang asyik nak "menakutkan" aku yang tugas ini sangat memeningkan. As if! Dah sebulan aku di sini, tak pernah pulak aku melihat dan merasa tekanan itu [aku tak minta, okay?]. Aku rasa yang lebih memeningkan ialah mentaliti dan sikap diorang.

[Pada waktu aku menulis ni lagu "Bila Cinta Didustai" dendangan kumpulan rock leleh "S" apa entah sedang berkumandang dari speaker akak department tu. Terseksa jiwa raga aku. Ptuih!].

Aku tersenyum. Yakin, echeh. People can say anything and everything, aite?

Nota: Encik Beku, seorang eksekutif yang lebih senior di dalam jabatan aku merupakan seorang emotionless lagi sinikal. Tapi hot [wink]. Berumur awal 30-an dan masih bujang. Kemungkinan besar straight kerana aku perhatikan dia asyik memakai tali leher yang sama setiap hari! Dan beg galas Nike yang macam belacan.

***

Aku, secara halus telah diinsult oleh salah seorang bapa saudara yang mencadangkan aku pergi mandi bunga. Secara serius - atas alasan cepat dapat jodoh. Aku hanya ketawa, kelakar melihat betapa terdesaknya diorang ingin melihat aku berkahwin!


Seterusnya dia bertanya tidakkah aku ingin berkahwin? Dan jawapan aku dah cukup buat mereka terkejut dan melatah [dah aku agak]. Dan aku biarkan dia terus melalut bila dia berkata "bila dah tua nanti, patung awak tak laku – takde orang yang nak!". [Nota: "Patung" ialah istilah orang kampung aku untuk "vagina"].

Haha. Better fuck yourself lah, you pathetic old man.

***

Aku sangat-sangat-sangat perlu memotong rambut! Tapi tak tau nak buat pesen apa? Idea – ke sini kau. Cepat!!

No comments: