31 January 2008

Pergi


Aku dengar dan lihat semalam berita pasal kematian Loloq, seorang penulis lirik terkenal tanahair.

Secara peribadi aku tak mengenali arwah dan bukan peminatnya. Ayah aku mungkin kenal kerana arwah sering menaiki teksi ayah dan berborak berbasa-basi tu adalah sikit. Namun tak dinafikan lirik-lirik nukilannya sangat terkesan, terutama bagi aku apabila mendengar "7 Nafas" [M. Nasir] dan "Mama Tolonglah Percaya" [Exists]. Mungkin ada lagu yang aku minat yang aku tak perasan atau tak tahu liriknya ditulis oleh arwah [pening tak korang baca?].

Dan pagi ini, di dalam sebuah forum, ramai yang mempersoalkan betapa tidak sensitifnya DJ-DJ radio kerana memutarkan lagu-lagu arwah. Dan mereka juga memekak pasal betapa terseksanya arwah Loloq ketika lagu-lagunya dimainkan di radio.

Aku percaya pada seksa kubur. Memang. Tapi bukan tugas kita nak tentukan orang ni diseksa, orang tu tak diseksa. Siapalah engkau wahai manusia? Paling tidak pun, adakah engkau boleh memahami dengan baik lirik-lirik nukilan arwah?

Haih. Letihlah. Lemas. Dah terlalu ramai yang jadi dan ingin jadi holier than thou.

To Rosli Khamis @ Loloq, may Allah bless your soul. Tenanglah dikau di sana. Engkau tetap antara pengkarya terhebat yang lahir di nusantara ini.

No comments: