26 February 2008

Terlebih prihatin

Pilihanraya dah dekat. Maaf, aku masih lagi belum berminat untuk turun mengundi buat penggal ini. Kali terakhir aku mengundi dulu adalah sewaktu pilihanraya universiti yang dilakukan secara paksa rela. Haha.

Sesi makan tengahari semalam yang menyaksikan cukup korum adik-beradik aku, antara lain membincangkan isu-isu politik dan sosial semasa [ya, kami berbicara mengenai banyak benda ketika makan, tiada yang aneh di sini]. Adik-adik aku - yang dah cukup umur juga memilih untuk tidak mengundi.

Satu benda yang aku perasan [dari dulu sampai sekarang] tatkala perbincangan santai itu ialah tidak dapat tidak dari menyentuh isu-isu perkauman. Senang cerita, suka sangat mengutuk/memperlekeh kaum bukan Melayu = racist.

Contoh ayat - "Barang-barang naik harga ni Cina punya pasal lah sebab diorang yang conquer market…bla bla bla".

Lagi satu – "Keling ni time-time Maghrib dia pun sibuklah dok klentung klentang" [merujuk kepada bunyi loceng sembahyang penganut agama Hindu].

Banyak lagi sebenarnya.

Dan tengahari semalam, terlalu banyak racism berlaku. It just happens all the time sehinggakan aku bosan, malas nak bertekak dan hanya berdiam diri. Benda alah yang pada pendapat aku, patutnya dah lama mati. Kita merdeka 50+ tahun dah kan?

Aku sedar aku dah banyak membelakangkan racism dan masih berusaha dari masa ke semasa. Aku bekerja dan berkawan dengan ramai golongan bukan Melayu. Best friend aku dulu Seetha, Foo Chiah Chern, Alicia Kok [just to name a few]. Malah bos terbaik aku setakat ini berbangsa Cina dan dia tidak pernah melayan aku seperti bangsat.

Aku tak nak sebut perihal kaum-kaum lain juga mengutuk kaum Melayu = sama saja. Bukan ke kita perlu melihat diri sendiri dulu?

Jadi aku membuat kesimpulan bahawa Melayu yang hanya reti bergaul dalam kelompok Melayu saja mempunyai kebarangkalian menjadi racist yang lebih tinggi. Dan sukar dikikis.

Sungguh bahaya untuk Wawasan 2020 dan Islam Hadhari.


***


Tanpa aku sedari, aku makin membenci untuk menyertai apa-apa family gathering, terutamanya pihak sebelah ibu aku. Perasaan benci itu makin kuat apabila baru-baru ini aku menyertai rombongan pertunangan sepupu lelaki aku di PJ.

Hanya kerana dua soalan yang berkaitan dengan perkara berikut: kahwin dan kereta.

Kerap kali juga aku mengambil sikap tak peduli di atas pertanyaan mereka yang begitu annoying itu [padahal dalam hati "Pergilah mampus!"]. Haih. Nampaknya macam tak berjaya je….

Mungkin dah tiba masanya aku menghindari mereka. Dan menjadi lebih anti-sosial. Cewah!

15 February 2008

Makan tengahari sempena Hari Kasih Sayang


Tak abis.
Ada rambut dalam nasi. Potong betul.
Sayur pucuk manis perasa lipas.

Ergh.

14 February 2008

Antara Manusia yang Aku Malas Nak Layan


Baru sebentar tadi aku menerima SMS dari seorang duda beranak satu [yang direcommend oleh ibu dan rakan sepejabatnya untuk aku berkenalan dan ya, aku sempat keluar date satu kali dengan dia!] yang tertera begini:



Assalamualaikum, Al-Quran Digital Iqra’a. Dapatkan versi terbaru : 30 juzuk & terjemahan, Tafsir Al-Jalalain bhs arab & terjemahan, kitab Al-Bukhari, Muslim, Ab Daud, Doa Khatamul Quran 4 imam, Arah Kiblat, kalendar hijrah & masehi, Waktu solat, Bacaan oleh Imam msjidil Haram. Hubungi saya dgn segera. Al-Quran Digital gaya profesional dan memartabatkan ummah. : [nama si duda], Pengedar shah alam, lembah klg.



Pergh. Dah 4-5 bulan tak SMS aku, tiba-tiba hantar iklan pulak. Apa angin?

Kes sebelum ini: Seorang rakan sekelas matrikulasi. Ada ke dia ajak aku masuk buat pelaburan Internet? Sangat membuang masa.

Kes sebelum kes di atas: Bekas best friend aku [ya, "bekas" sebab dia sudah tidak best lagi malah sangat hampeh], yang tak pernah langsung menghubungi aku sejurus graduasi. Tiba-tiba ajak lepak dan rupa-rupanya dengan niat untuk mengajak aku buat multi level marketing dengan aku sebagai downlinenya.

Kes sebelum kes-kes di atas terjadi: Rakan sepraktikal yang sibuk mengajak aku masuk Amway. Hari-hari pujuk! Itu tidak termasuk 24 jam bercerita hal-ehwal "perniagaan" MLM [eleh, kau ingat aku hairan?]. Pada masa yang sama dia juga sibuk flirt dengan aku [mungkin bersebab] dan akhirnya dia angkat bendera bila aku berkeras tidak mahu turut serta.

Sememangnya korang layak masuk dalam senarai ini.

13 February 2008

Sudah lama aku tak beli majalah hiburan. Aku masih ingat waktu aku di Tingkatan 3, aku beli majalah Mangga, yang pada waktu itu keluaran pertama. Dengan cover story Zamani & Nurul yang dikatakan hangat bercinta [oh ya, pada waktu itu Nurul belum berkahwin lagi dengan Ajai] kerana mereka digandingkan dalam filem "Sate" [kalau tak silap aku]. Dan aku beli semata-mata nak tahu kebenaran gosip itu. Haha kelakar dan geli betul bila ingat balik.

Aku memang suka majalah hiburan. Pengaruh daripada makcik aku yang rajin membeli URTV yang tengah top dengan trend/fenomena Mekar Sejambak [aku suka!] waktu itu. Kini, makcik aku tu sudah pun berumur 40-an dan masih membeli URTV, kadang-kala Media Hiburan. Sedangkan anak saudaranya ini masih suka menumpang baca. Hahaha.

Satu-satunya majalah hiburan [dan lifestyle] berbahasa Malaysia yang aku minat dan respect hingga ke saat ini – Sentiasa Manja. Tidak tipikal yang penuh dengan segala mak nenek gosip rumahtangga artis, lengkap dengan penulisan ulasan muzik dan filem yang bernas, tajam dan kejam oleh Saniboey Mohd Ismail [yang dahulunya merupakan wartawan Harian Metro]. Harian Metro sekarang = sampah. Ironi kan? Saniboey yang aku sifatkan mempunyai passion yang sangat tinggi terhadap muzik dan filem dan aku sangat hormat insan-insan sebegini. Malang sekali apabila syarikat penerbitan majalah ini bungkus setelah lebih setahun beroperasi.

Di tempat kerja lama pula aku sering mendapat bekalan percuma KLue, Juice dan Stuff yang digunakan untuk tujuan lifestyle research [ceh, macam gah sangat bunyinya!]. Entah kenapa tetapi aku memang suka melihat foto-foto parti - walaupun pada hakikatnya, aku jarang berparti dan memerhatikan layout dan rekaan majalah-majalah tersebut [pop art rocks y’all!].


Beberapa hari lalu, Ibu ingin membeli Mastika tetapi aku tak benarkan. Tak ingin aku benarkan pemikiran dan dakyah pra-matang mengalir dalam otak orang tua itu. Bak kata Amy Winehouse – no…no…no!

Eh, Saniboey tu ada blog rupanya.......

05 February 2008

Bas Rapid KL Shah Alam mogok pagi ini.

GAMPANG.