13 February 2008

Sudah lama aku tak beli majalah hiburan. Aku masih ingat waktu aku di Tingkatan 3, aku beli majalah Mangga, yang pada waktu itu keluaran pertama. Dengan cover story Zamani & Nurul yang dikatakan hangat bercinta [oh ya, pada waktu itu Nurul belum berkahwin lagi dengan Ajai] kerana mereka digandingkan dalam filem "Sate" [kalau tak silap aku]. Dan aku beli semata-mata nak tahu kebenaran gosip itu. Haha kelakar dan geli betul bila ingat balik.

Aku memang suka majalah hiburan. Pengaruh daripada makcik aku yang rajin membeli URTV yang tengah top dengan trend/fenomena Mekar Sejambak [aku suka!] waktu itu. Kini, makcik aku tu sudah pun berumur 40-an dan masih membeli URTV, kadang-kala Media Hiburan. Sedangkan anak saudaranya ini masih suka menumpang baca. Hahaha.

Satu-satunya majalah hiburan [dan lifestyle] berbahasa Malaysia yang aku minat dan respect hingga ke saat ini – Sentiasa Manja. Tidak tipikal yang penuh dengan segala mak nenek gosip rumahtangga artis, lengkap dengan penulisan ulasan muzik dan filem yang bernas, tajam dan kejam oleh Saniboey Mohd Ismail [yang dahulunya merupakan wartawan Harian Metro]. Harian Metro sekarang = sampah. Ironi kan? Saniboey yang aku sifatkan mempunyai passion yang sangat tinggi terhadap muzik dan filem dan aku sangat hormat insan-insan sebegini. Malang sekali apabila syarikat penerbitan majalah ini bungkus setelah lebih setahun beroperasi.

Di tempat kerja lama pula aku sering mendapat bekalan percuma KLue, Juice dan Stuff yang digunakan untuk tujuan lifestyle research [ceh, macam gah sangat bunyinya!]. Entah kenapa tetapi aku memang suka melihat foto-foto parti - walaupun pada hakikatnya, aku jarang berparti dan memerhatikan layout dan rekaan majalah-majalah tersebut [pop art rocks y’all!].


Beberapa hari lalu, Ibu ingin membeli Mastika tetapi aku tak benarkan. Tak ingin aku benarkan pemikiran dan dakyah pra-matang mengalir dalam otak orang tua itu. Bak kata Amy Winehouse – no…no…no!

Eh, Saniboey tu ada blog rupanya.......

No comments: