14 February 2008

Antara Manusia yang Aku Malas Nak Layan


Baru sebentar tadi aku menerima SMS dari seorang duda beranak satu [yang direcommend oleh ibu dan rakan sepejabatnya untuk aku berkenalan dan ya, aku sempat keluar date satu kali dengan dia!] yang tertera begini:



Assalamualaikum, Al-Quran Digital Iqra’a. Dapatkan versi terbaru : 30 juzuk & terjemahan, Tafsir Al-Jalalain bhs arab & terjemahan, kitab Al-Bukhari, Muslim, Ab Daud, Doa Khatamul Quran 4 imam, Arah Kiblat, kalendar hijrah & masehi, Waktu solat, Bacaan oleh Imam msjidil Haram. Hubungi saya dgn segera. Al-Quran Digital gaya profesional dan memartabatkan ummah. : [nama si duda], Pengedar shah alam, lembah klg.



Pergh. Dah 4-5 bulan tak SMS aku, tiba-tiba hantar iklan pulak. Apa angin?

Kes sebelum ini: Seorang rakan sekelas matrikulasi. Ada ke dia ajak aku masuk buat pelaburan Internet? Sangat membuang masa.

Kes sebelum kes di atas: Bekas best friend aku [ya, "bekas" sebab dia sudah tidak best lagi malah sangat hampeh], yang tak pernah langsung menghubungi aku sejurus graduasi. Tiba-tiba ajak lepak dan rupa-rupanya dengan niat untuk mengajak aku buat multi level marketing dengan aku sebagai downlinenya.

Kes sebelum kes-kes di atas terjadi: Rakan sepraktikal yang sibuk mengajak aku masuk Amway. Hari-hari pujuk! Itu tidak termasuk 24 jam bercerita hal-ehwal "perniagaan" MLM [eleh, kau ingat aku hairan?]. Pada masa yang sama dia juga sibuk flirt dengan aku [mungkin bersebab] dan akhirnya dia angkat bendera bila aku berkeras tidak mahu turut serta.

Sememangnya korang layak masuk dalam senarai ini.

No comments: