04 August 2009

Selang 5 jam lepas aku beronggeng dengan Search, aku dapat berita yang sangat memilukan.

Seorang sepupu aku - Putera Azizul Hakim aka Abang Zizul - telah pulang ke rahmatullah. Dalam usia 31 tahun. Akibat komplikasi pembedahan apendiks.

Masa matric dulu, aku ni shy-shy cat. Hahaha. Aku banyak habiskan masa dalam bilik kakak arwah bila lepak rumah keluarga diorang. Sampai kan arwah minta sepupu aku lagi sorang ni, panggilkan aku dari dalam bilik. Hanya untuk berbual dengannya. Comel :)

Arwah Abang Zizul juga anak yang taat. Suatu masa dulu, arwah pernah bekerja dengan Volvo tapi berhenti untuk penuhi permintaan ayahnya untuk buat projek kolam ikan. Betapa!

Isterinya tengah hamil 3 bulan, akhirnya setelah 5 tahun bernikah. Aku sangat tak pandai nak berikan kata-kata semangat. Tapi aku cukup yakin dia kuat untuk semua ini.

Abang Zizul, tenanglah di sana. Walaupun kita tak rapat dulu, percaya lah - you will be missed :'(

Al-fatihah.

Di Awan Biru

1 Ogos - first time aku tengok konsert Search. Excited gila!

Konsert yang sepatutnya menyatukan aku dengan Yna tapi disebabkan aku lewat sampai [jem gila disebabkan ISA rally yang bodoh bangang] jadi aku stay je dengan Aman & kawannya. Crowd gila ramai bai! Paling best, konsert ni sifar Indo dan mat-minah rempit [tak tau lah kalau aku tak perasan. LOL].

Tapi frust sikit lah.

Band lambat sampai. 45 minit.
Amy nyanyi tenggelam timbul. Kadang macam sengau pun ada.
Masalah teknikal, sound macam kat fun fair.
Ada ke masa perform lagu kedua, tiba-tiba blackout? Hampeh!

Sempat kat moshpit dalam 1 jam setengah saja. Ada hati nak berdiri sampai konsert habis! Last-last terpaksa lah melepakkan diri bersimpuh di rerumput nan hijau. Rasa macam pergi Jom Heboh.

Terasa rugi pulak aku tak hafal lirik. Banyak sangat lagu yang aku tak biasa dengar.

Dah sah-sah ni bukan konsert terakhir. Dah sah-sah jugak ni bukan konsert terbaik diorang.