04 August 2009

Di Awan Biru

1 Ogos - first time aku tengok konsert Search. Excited gila!

Konsert yang sepatutnya menyatukan aku dengan Yna tapi disebabkan aku lewat sampai [jem gila disebabkan ISA rally yang bodoh bangang] jadi aku stay je dengan Aman & kawannya. Crowd gila ramai bai! Paling best, konsert ni sifar Indo dan mat-minah rempit [tak tau lah kalau aku tak perasan. LOL].

Tapi frust sikit lah.

Band lambat sampai. 45 minit.
Amy nyanyi tenggelam timbul. Kadang macam sengau pun ada.
Masalah teknikal, sound macam kat fun fair.
Ada ke masa perform lagu kedua, tiba-tiba blackout? Hampeh!

Sempat kat moshpit dalam 1 jam setengah saja. Ada hati nak berdiri sampai konsert habis! Last-last terpaksa lah melepakkan diri bersimpuh di rerumput nan hijau. Rasa macam pergi Jom Heboh.

Terasa rugi pulak aku tak hafal lirik. Banyak sangat lagu yang aku tak biasa dengar.

Dah sah-sah ni bukan konsert terakhir. Dah sah-sah jugak ni bukan konsert terbaik diorang.

No comments: