25 tahun lepas, aku menonton klip video Billie Jean di rumah ini. Dan 45 minit lalu, aku menonton klip video yang sama di rumah yang sama - disiarkan di Channel V sebagai tribute kepada beliau.
17 tahun lepas, aku dan the dudes dilanda kegilaan bermain game Sega, Moonwalker. Tak cukup dengan tu, kitorang cuba pulak nak tiru anti-gravity lean tu. Hihihi.
15 tahun lepas, aku sering menari ikut rentak lagu ini bila balik dari sekolah. Thanks Ayah kerana telah beli antara album new jack swing terbaik pernah dihasilkan dalam dunia muzik [walaupun CDnya hilang entah ke mana sekarang]. Dan sebentar tadi bila klip video lagu itu ditayangkan, aku sedih dan tak semena-mena...sebak.
Betapa aku sedar yang MJ telah lama menyentuh hati ini.
Al-Fatihah.
May you rest in peace and may you in Allah's blessing, dear Michael.
29 June 2009
25 June 2009
Tadi aku makan kat sini
Dan aku memesan Thai Style Fried Rice = nasi goreng yang banyak cili padi + telur mata + papedom. Biasa je. Tapi hari tu aku makan Cantonese Kuey Teow. Sedap pulak! RM7.00 je.
Perkhidmatan ok lah, bukan lah nak extraordinary sangat macam lah nak makan kat fine dining kan? Yang penting haa, tak payah tunggu lama sebab pelanggan tak ramai. Hahaha. Aku memang tak berapa gemar makan/minum/lepak tempat crowded - fobia apakah? Haha.
But serious shit gua cakap beb. Mr. David Teoh, you need to change the green-coloured wall. Muram macam nak mati :(
24 June 2009
10 June 2009
Pagi ni aku bangun dengan kesakitan bukan main kat bahagian ari-ari. Lalu, aku ke klinik yang berdekatan. Disebabkan kemalasan nak drive jauh ke klinik panel, maka terbang lah RM74.00. Satu jumlah yang tak pasti boleh dituntut ke tak @ kerani aku yang malas nak isi borang. Terima kasih duit plastik :(
Ah, ada urine & eye infection rupanya [jangan tanya aku apa kaitan. Kebetulan je kot?]. Err aku rasa awkward pulak dengan doktor itu, formal gila ah! Aku pulak yang terpaksa bukak mulut mintak MC. "No request, no MC" kot polisi diorang.
Petang ni aku bangun tidur [lagi] dengan muka berbintat-bintat dan mata kanan pulak bengkak. Aduhhhh....
Ah, ada urine & eye infection rupanya [jangan tanya aku apa kaitan. Kebetulan je kot?]. Err aku rasa awkward pulak dengan doktor itu, formal gila ah! Aku pulak yang terpaksa bukak mulut mintak MC. "No request, no MC" kot polisi diorang.
Petang ni aku bangun tidur [lagi] dengan muka berbintat-bintat dan mata kanan pulak bengkak. Aduhhhh....
01 June 2009
Jale-Jale The Series: KOTA KINABALU & KUNDASANG, SABAH
Keseluruhan perbelanjaan aku ke Sabah = +-RM250, yakni kos:
a) Duit minyak bagi pakcik hantar ke LCCT*
b) Belanja makan utk 15 pax [1 lunch & 1 dinner]*
c) Beli gift
d) Tambang teksi balik Shah Alam*
[*Tong-tong]
Yang lain, semua ditaja oleh Acik! Terima kasih! I lap u...Murah rezeki Acik >_<
Subscribe to:
Posts (Atom)