01 June 2009

Jale-Jale The Series: KOTA KINABALU & KUNDASANG, SABAH


Hari pertama trip, sampai dalam pukul 1.30 petang di Kota Kinabalu. Destinasi pertama: 1 Borneo Mall. Aku pun tak pasti kenapa Acik nak sangat ke sini. Siap ada yang shopping kasut jogging [boleh tak?!]. Rayau punya rayau terjumpa lah patung sekor ni - sangat kinky, bukan?


Ini gamat ye, tuan-tuan dan puan-puan. Tapi aku tak pasti macam mana cara masak benda alah ni? Mahal kemain. Nak berbelanja di KK ni [in fact di mana-mana pun] perlu ada kemahiran tawar-menawar yang tinggi. Konsepnya begini: price tag tak masuk akal dan peniaga akan bagi "special price". Lepas "special price" tulah kita kena tawar. Kalau nak beli aksesori yang murah sikit [tapi kualiti sama] - pergi Pasar Malam KK instead of Pasar Filipina/Pusat Handikraf tu.


Hari kedua adalah trip sehari ke Taman Negara Kinabalu dan Air Panas Poring. Poring = rujuk gambar buluh di atas. Di sini ada dua aktiviti - rendam kaki dalam air panas dan canopy walk. Konon nak layan kehijauan hutan, aku pun ikut lah team ke canopy walk [dengan berseluar jeans dan bersandal siap berdiamond bagai!]. Arghhh tidakkk...kena trekking okay! I pancit dewa-dewi sekalian :( Tapi syukur, I tak give up. Merasa lah naik jambatan gantung [syukur jugak kerana I tak terpekik-terlolong dek gayat].

Akhirnya, dua biji mata ni dapat juga menyaksikan keagungan ciptaan tuhan. Mana tahu, satu hari dapat daki ke puncak pulak. Di sini namanya Pekan Nabalu. Memang favourite port tourist yang nak bergambar kenangan berlatarbelakangkan batu besar ni.

Aku kagum dengan orang Kadazandusun & Dusun [beza mereka ialah agama] yang gila gempak bina rumah kat kawasan pergunungan. Aku terfikir kalau lah diorang ni bekerja nun jauh di KK sana, macam mana lah berulang-alik ye? Jalanraya baeekk punya. Tapi tak kot, sebab ekonomi utama mereka ialah pertanian i.e. beras bukit, sayuran dan buahan. I mean, simple house + cool place to live in + simple life = awesome!

Gila gempak perempuan Sabah! Chop, nak rephrase - GILA BABI GEMPAK AH SIAPA YANG MASUK CLIMBATHON NI! Aku sampai mati pun tak masuk acara ni kot. Well well, there's nothing much in Taman Negara Kinabalu though. Melainkan kalau kau nak naik batu besar tulah.

Tata-titi-tutu! Aku akan ke Sabah lagi untuk meneroka pulau-pulaunya pulak. That's for sure :)

Keseluruhan perbelanjaan aku ke Sabah = +-RM250, yakni kos:
a) Duit minyak bagi pakcik hantar ke LCCT*
b) Belanja makan utk 15 pax [1 lunch & 1 dinner]*
c) Beli gift
d) Tambang teksi balik Shah Alam*

[*Tong-tong]

Yang lain, semua ditaja oleh Acik! Terima kasih! I lap u...Murah rezeki Acik >_<

No comments: