29 June 2009

Nostalgia MJ

25 tahun lepas, aku menonton klip video Billie Jean di rumah ini. Dan 45 minit lalu, aku menonton klip video yang sama di rumah yang sama - disiarkan di Channel V sebagai tribute kepada beliau.

17 tahun lepas, aku dan the dudes dilanda kegilaan bermain game Sega, Moonwalker. Tak cukup dengan tu, kitorang cuba pulak nak tiru anti-gravity lean tu. Hihihi.

15 tahun lepas, aku sering menari ikut rentak lagu ini bila balik dari sekolah. Thanks Ayah kerana telah beli antara album new jack swing terbaik pernah dihasilkan dalam dunia muzik [walaupun CDnya hilang entah ke mana sekarang]. Dan sebentar tadi bila klip video lagu itu ditayangkan, aku sedih dan tak semena-mena...sebak.



Betapa aku sedar yang MJ telah lama menyentuh hati ini.

Al-Fatihah.
May you rest in peace and may you in Allah's blessing, dear Michael.

No comments: