02 January 2008

Di kala orang membilang detik tahun baru, aku sudah mengerekot dengan nyamannya

Aku tak tahulah nak terangkan bagaimana perasaan aku mengadap kerja baru ni. Ada kalanya bosan [most of the time, sebenarnya]. Tapi aku cuba jadi positif semata-mata nak cabar diri sendiri utk cuba something new.

Aku dah mula rasa buat silap. Ooops, maaf. Too early to tell – aku baru saja 3 minggu di sini!

Haih. I miss my old job.

Damn it.

***
Aku menelefon Ayah sejurus selepas mendapat panggilan yang memberitahu Nek Chik sudah pulang ke rahmatullah. Terasa annoyed pula bila ayah bertanya "Korang pergi ke?" dan aku menjawab "Tak sure lah, yah..".

Soalannya: kenapa perlu berkira-kira mahu pergi atau tidak?

Letih punya ayah yang merumitkan.

***
Lagi 6 hari, genaplah 2 bulan aku tak berhubung dgn LB. Aku pun sudah kurang mengingati dia, mungkin disebabkan aku terlalu banyak benda nak difikir dan dibuat semenjak-dua ni.


Ada 2 kemungkinan. Satu, dia tak dapat melihat lagi. Dua, dia sudah pulang ke rahmatullah.

Aku percaya dia masih ada. Namun aku tak punya idea bagaimana dan di mana nak menjejaki dia. Iya, kami memang bodoh sebab tidak pernah bertukar nombor. Semuanya berlandaskan kepercayaan [konon!].

Lisa mencadangkan aku ke Singapura dan mencari dia di segenap hospital di sana. Okay, idea itu mungkin kurang relevan dan membuang masa. Kau ingat hospital senang-senang nak beri maklumat pesakit?! Lain tahun, babe.

Doakan aku mendapat teman lelaki baru – supaya aku tidak perlu mencari LB lagi! Haha!

No comments: