26 December 2008

PD, Hari Natal: Auto mode, 1/640, F4.0, ISO 80

Sedikit pengemaskinian hidup:

1. Tak sangka dalam masa tak sampai setahun bekerja di sini, dah dapat 2 kali B. Alhamdulillah.

2. Aku masih ingat dan perkara ini aku pernah catatkan dalam blog lama aku. Aku sangat-sangat berkeinginan untuk memiliki kamera digital. Point-n-shoot sudeh. Dan alhamdulillah, akhirnya diizinkan. Maka dengan segala hormatnya aku umumkan toy terbaru aku - Canon Ixus 980 IS. Berazam akan mahir bermain-main dengan manual setting.

2. Baru balik dari berkelah di PD tadi sempena cuti Hari Natal. Syukur kerana tak sengaja bertembung dengan keluarga Mak Teh Adik Becok. Sangat baik mereka ini lah! [Sebab sudi tumpangkan kami berdua mandi-tukar-baju-melantak secara percuma dalam bilik hotel mereka!].

3. Aku baru je tengok sneak preview gambar perkahwinan adik aku. Amazing shots and editing. Kudos to the photogs!

4. Banyak stres. Rambut rontok, rimas gila. Tak tahu lagi nak buat macam mana. Haih.

5. Bakal bercuti panjang dari Awal Muharram sehingga Tahun Baru 2009. Ngeee...seronok!

No comments: