13 April 2009

Siapa Popular?

Aku sebenarnya lebih teruja nak tengok persembahan. Tapi alangkah malang dan.....

Menyampahnya dan sakit mata telinga & hati aku dengan pengacara ibu mengandung tu. Kenapa lah penganjur masih lagi nak cari pengacara berkonsep akak kepochi bikin havoc ni?! Kata anugerah berprestij, kalau nak cari yang pandai buat lawak pun agak-agak lah. Cari yang smart, yang witty macam Whoopi Goldberg yang tak perlu terjerit-jerit bagai nak putus urat merih. Dan yang boleh bawak imej profesional dan prestij anugerah tersebut. Ni balik-balik buat content tahap makcik felda. Mengandung, cerai, kahwin artis.....haih!

Yang pengacara jantan tu pulak. Kenapa ya agaknya, mata dia tak pandang kamera? Pandang atas manjang, ada apa bai? Ada jugak ah lawak-lawak kasar kau yang aku boleh hadam dan layan gelak [sinikal suruh budak perempuan yang award presenter tu kahwin dengan mana-mana lelaki kaya dan sinikal makcik-makcik gigih isi borang undi]. Hahahaahaa. Tapi bai, kau tak sesuai jadi pengacara ah. Lawak kau takde orang nak gelak sebab tak ramai yang nak layan lawak sinikal terlebih kau tu. Cian kau bai :(

Bila fikir-fikir balik, kenapa majlis-majlis anugerah sebegini [kategori mendewakan populariti] mempunyai pengacara-pengacaranya havoc tak perlu? Sebab yang jelas bagi aku di sini iaitu CROWD MAJLIS yang ada dua kategori.

  1. Crowd majlis anugerah berasaskan pengiktirafan hasil kerja orang industri [macam AIM, FFM, Anugerah Oskar Malaysia, AJL] - lebih kepada golongan profesional dan pemuja seni. Hos perlu tampak berimej sophisticated dan pandai buat lawak bernas.
  2. Crowd majlis anugerah populariti - lebih kepada golongan pemuja artis. Hos perlu siap dengan pakaian dan barang kemas liplap-liplap. Pandai buat lawak-lawak gosip.

One thing about our crowd [both above] - sangat malas memberi excitement applause.

Kadang tu, sampai malas nak bagi standing ovation [yang bangun pun baris depan je]. Kalau tengok Grammy, walaupun yang perform tu artis country ceruk mana entah, para karyawan akan berdiri dan bergoyang! Ni lah baru music appreciation! Itu belum lagi diorang bangun-duduk-bangun-duduk masa presenter bagi anugerah. Situasi ini sangat jarang berlaku dalam mana-mana majlis anugerah kita. Tak tipu, korang tengok lah sendiri!

Kualiti dan populariti, dua benda ni memang kena ada dalam industri seni. Tapi kan, aku tak rasa pengacara mulut makcik over konon happening ni relevan. Ke aku je yang pelik?

No comments: