27 August 2008

Something yang Aku Baru Sedar

Terasa banyak tengok filem seram di panggung. Aku bukan minah wayang pun dan amat memilih dari segi filem apa yang aku nak tengok. Setakat nak tengok filem macam You Don't Mess With The Zohan tu, beli DVD pirate pun aku tak hingin.

Yang terbaru, Susuk. Antara the most anticipated movie aku sejak dua tahun lepas. Pertama, sebab nak tengok interpretasi cerita dalam bentuk filem [sebelum ni aku baca novel bertajuk yang sama] dan kedua, sebab aku nak tengok filem Amir Muhammad yang so called mainstream ni. Masa drama bersiri Susuk dulu keluar di TV3, aku kecewa jugak kenapa drama tu yang keluar dulu. Dahlah tak best.


Banyak dialog dan adegan yang penuh dengan unsur sarcasm. Mulanya, aku pelik jugak kenapa diorang shoot kat jambatan Putrajaya tu. Nak tiru Usop Selam ke? Haha. Set yang mengagumkan, kalah Pontianak Harum Sundal Malam [1&2] yang bagi aku set yang terlampau set. Babak pembunuhan yang bolehlah...ganas. Tapi gigi hantu dia kelakarlah.

Agak susah juga aku nak mengingat balik jalan cerita novelnya. Yang aku ingat, dalam novel ada dikisahkan mengenai asal usul Dukun Dewangga dan susuk keramat.

Pergi baca novel tu dan tonton filem ni. Tapi tolong jangan bawak anak kecik korang nonton filem ni ok? Tak sesuai.

No comments: