04 March 2009

Semalam aku terima satu berita yang mengganggu.

Sesuatu berkenaan dengan barah.

Sangat aneh apabila semasa kecil aku pernah ter[ber?]mimpi yang aku akan mati pada umur 60 tahun akibat barah. Aku sentiasa teringat akan perkara ini sehingga sekarang. Macam omen gitu.

Hasil dari pembacaan, barah ni banyak berpunca dari pemakanan dan gaya hidup. Terlampau banyak benda alah yang memang akan trigger sel-sel barah untuk jangkamasa panjang. Cuba baca Utusan Konsumer kalau korang nak tahu lebih lanjut.

Aku seorang manusia yang teramat cintakan makanan bergoreng - aku serius risau doh!

Memang aku tak daya nak melawan. You know it's like - you're still smoking even when you damn know about all the health risks! Kan?

Haih...susah lah. Aku tak tahu nak mula dari mana? Hari-hari pekena oat kot? Tapi tengahari tadi, aku baru je melantak - nasi lemak, kek Chocolate Indulgence, puding roti dengan sos kastad.

Yeah, yeah I know. I am my own enemy.

No comments: