28 October 2008

Haiwan Peliharaan Saya

Memperkenalkan........

Gojira.

Baka tempatan. Paling tua dan lama dibela setakat ini. Si betina yang nak kata manja tak manja, garang tak garang. Dibela semenjak anak dara. Pernah melahirkan 4 ekor anak tapi dah dilarikan orang. Sangat suka mengunyah rambut manusia dan sangat sensitif akan bau-bau roti dan kek. Seekor kucing yang baik dan jarang buat hal.


Kwai @ Ah Kwai.

Juga baka tempatan. Nama Cina sebab muka dia macam Cina [ahaha!]. Manja & sentiasa bersih. Kadang kami panggil dia pondan sebab terlampau suka melepek tak tentu pasal. Contoh melepek di sini bila aku usap kepala Kwai secara automatik dia akan berbaring tunjuk manja [poodah!]. Mempunyai tabiat buruk iaitu suka kencing dan berak ikut dan. Kulitnya kurang daya tahan penyakit sebab selalu saja diserang luka dan kurap.


KT @ Pak Tam.

Baka Parsi. Setelah lebih sebulan membela, baru dua minggu lepas aku discover yang KT bukanlah betina [ketika aku dan Aman mandikan dia]! Baru saja mati dua hari lepas disebabkan keracunan air. Pada mulanya kami sangkakan Pak Tam demam sebab dia tak mahu makan dan bulunya juga banyak gugur. Tapi bila tengok dia sakit macam tu jugak, Pak Tam dibawa ke vet. Malam sebelum dia mati, kami bertiga beri dia makan dan ubat sambil cuba memujuknya untuk bertahan. Tak sampai 24 jam, Pak Tam terbujur kaku di sudut rumah yang menjadi port kegemaran dia selama ni. Sedih tengok saat-saat dia nazak.

*Nangis*

No comments: