13 January 2013

Berpantang Selepas Keguguran

Ada banyak versi. Dari sebuah forum, aku dapati ramai juga yang berpantang dua minggu (seronoknya!). Versi Ibunda pulak 22 hari, tapi aku disuruh genapkan ke 30 hari (kaauuu!).

Versi pantang yang aku buat: 

1. Kurangkan makanan berminyak. Semua lauk berunsurkan kukus, dan rebus. Kalau minyak pun sikit je [untuk sayur stir fry].

2. Ikan yang tak gatal/bersengat (contoh ikan yang boleh: ikan tauhu, merah, kerisi, tenggiri). Udang sotong dan segala yang bercengkerang juga tak boleh, gatal.

3. Ayam kampung je. Ayam bandar tak boleh, gatal.

4. Part sayur agak bosan sebab aku pencinta sayur! Tau kan yang kebanyakan sayur sejuk. Ikut pendapat Ibunda dan Mak, yang boleh: sawi, pegaga, carrot, bayam (aku skip sebab rasanya bayam ni sejuk walau ianya menambah darah) dan lobak putih (skip juga sebab aku tak breastfeed kot!). So hari-hari sayur yang sama agak bosan di situ. Hehehe...

5. Pakai stokin tapi tak pakai baju lengan panjang pun. Pilis bengkung semua tu tak pakai.

6. Tak boleh buat kerja berat terutama yang melibatkan cuci-mencuci (air = sejuk).

7. Banyakkan halia dalam lauk dan makan halia tu untuk buang angin.

8. Ais. Sebenarnya ais kena pantang lebih lama dlm enam bulan camtu. Tapi elok 30 hari aku dah langgar pantang (LOL! Jangan tiru ok?) Cuma sekarang aku dah kurang minum air berais.

9. Tak boleh kena hujan, takut demam bisa badan. 

10. Selama seminggu, setiap hari mandi daun herba yang Ibunda buat. Herbanya seperti daun kunyit, daun limau purut, halba, apa entah lagi tak ingat. Semuanya dijerang dan dijadikan air mandian. Airnya tak suam sangat tapi ikut panas yang aku boleh tahan lah. Lepas seminggu hingga hari terakhir pantang, mandi air panas je. Ada sekali tu je aku terpaksa mandi air biasa sebab terlambat bangun nak ke pergi kerja (kes rumah takde heater) LOL!

11. Setiap pagi selama seminggu, minum bancuhan telur ayam kampung dan halia untuk buang angin. Tak lupa juga air ibu kunyit dan asam jawa.

Ada satu pantang yang aku langgar - larangan membaca apa jenis bahan bacaan, surat khabar/buku/majalah dan berinternet! Kata Ibunda, membaca tu akan mengganggu saraf mata, nanti pening/sakit kepala. Dulu masa dia kat hospital bersalin, ada yang kena jerkah dengan nurse sebab baca surat khabar. Adoiiii...yang ini memang susah kot. Dah lah dok rumah tak buat apa, bosan! Setiap kali dia tengok aku leka dengan iPad, memang kena bebel lah. Tapi sebenarnya memang betul tau. Aku sendiri sakit kepala bila tengok iPad lama-lama. Degil punya pasal. #jangantirumacamsaya

Selepas keguguran, badan aku rasa tak sedap, bisa semacam. Untuk dua hari berturut, aku diurut Ibunda. Urutnya pulak jenis kena je kat semua point yang bermasalah. Semua sakit. Huhu! Naknya kat kaki. Selepas tu untuk tiga kali sesi urut, aku upah Kak Ila. 

Sesi pertama adalah sesi yang paling menyakitkan. Agaknya masa tu pun badan aku banyak angin sampai boleh rasa angin tu 'terperangkap' kat bahagian perut dan ari-ari. Kentut pun tak...Seksa ok! So bila Kak Ila tekan biasa je kat perut dan ari-ari tu, aku dah mengaduh sakit. Memang banyak angin, berkali-kali Kak Ila burping. Kemudian, Kak Ila buat sengkak perut (naikkan rahim yang jatuh) pulak. Ok, ini lah part yang paling menakutkan aku sampai hari ini. Dua tiga kali juga dia ulang sengkak sebab aku tak boleh nak relax dari menahan kesakitan, even aku tengok dia tekan biasa je di situ. Masa dia sengkak tu memang kuat betul...nak nangis rasanya :'( Sebelum nikah dulu, aku pernah juga buat sengkak ni. Memang sakit tapi bearable. Tapi yang ni sampai tempat yang dia tekan tu sakit, dalam seminggu baru hilang!

Sesi kedua dan ketiga urut, sakit badan dah kurang dan aku minta Kak Ila skip sengkak. Silap aku juga sebab Wan Ngah (ibu saudara aku yang juga tukang urut) dah pesan nak urut boleh tapi bukan kat perut dan ari-ari tu. Sebab kita tatau camne condition rahim tu...walaupun tak melahirkan. Alhamdulillah, selepas sesi ketiga tu badan aku rasa ok. Bisa pun dah kurang.  

Cuma aku tak dapat lari dari kesedihan. Ibunda tak bagi aku menangis but I can't help it...I thought too much. Berada jauh dengan pasangan dalam keadaan begini adalah sangat worst aku rasakan. Tapi bila fikir balik, orang lain di luar sana diuji dengan lebih berat. 

Ini lah sebuah silibus yang aku pelajari dalam universiti kehidupan.


No comments: