22 January 2015

2015!

Haha. Blog ni dah jadi 2 tahun sekali entrinya.

Alhamdulillah tahun 2014 pergi meninggalkan aku dengan tenang. Tenang membawa segala bahagia dan kusut.

2014 aku langsung tidak mengembara ke mana-mana. Faktor penyumbang: suami aku baru dapat kerja dengan majikan baru (yang lebih berintegriti).

Kerja - masih di jabatan yang sama sejak 2008. Aku sudah mula diserang demotivation. Tahap kemenyampahan yang tinggi terhadap beban kerja. Rupanya ramai juga senasib dengan aku. Nak minta naik pangkat pun kena banyak kali fikir. Fikirkan betapa banyak pengorbanan yang perlu dibuat. Tak yakin. Nak minta transfer, aku masih junior kalau nak dibandingkan dengan senior yang menunggu kekosongan. Nak resign - memang taklah! Dengan gaji yang alhamdulillah selesa & di bawah payung organisasi yang besar di Malaysia - memang tiada dalam pertimbangan.

2014 dalam sejarah - aku mula menjebakkan diri dengan aktiviti larian dan senaman intensiti tinggi. Aku masuk BSN Putrajaya Night Marathon fun run 5k je pun. Satu pengalaman yang aku takkan lupakan. Puas gila dan..nak lagi! Harapnya itu bukan event larian aku yang terakhir. 

Aku keguguran kali kedua pada Oktober 2013. Hanya 6 bulan selepas keguguran itu, aku tergerak berjumpa dengan Dr Zamri DEMC. Beliau telah mendiagnos aku PCOS. Menurut doktor & pembacaan, PCOS juga boleh jadi penyumbang keguguran. Aku di-prescribed Metformin walaupun aku bukan diabetik (dah tak ambil pun sekarang). Fokus 2014 bukan untuk TTC. Tetapi untuk membudayakan gaya hidup sihat. Aku cuba... walaupun ada ketikanya aku ke laut jua. Hahaha! Dalam masa setahun, berat turun 6kg je. Allah jelah yang tahu betapa payahnya. Maka misi ini masih diteruskan...plus misi TTC. 

Good luck. And good night.

No comments: