03 January 2016

Temujanji Kedua

Secara ringkas, apa yang berlaku dalam temujanji ini dengan Dr Adilah PHKL, pada 9 Disember 2015 (CD15).

Sesi TVS kali ni lebih sukar nak mengesan ovari kiri aku. Tu pun hanya berjaya nampak selepas doktor tekan-tekan perut. Jadi ada:

Telur ovari kanan: satu je, 19mm
Telur ovari kiri: tiga, max 14mm

Endometriosis? Doktor suspect ada tapi tak serius.

Adhesion akan ganggu ovari jugak sebab mengganggu proses telur disedut ke dalam tiub.

Kalau telur tak banyak jugak next cycle nak buat guna terapi suntikan & IUI.

Doktor predict ovulate pada CD16. Maka kena bersama setiap malam/selang sehari. Result OPK, aku ovulate pada CD18.

Next appmt CD20 nak monitor telur past ovulation dan doktor nak bagi duphaston. Yang mana aku tak pergi pun.

Kesimpulan: second cycle clomiphene pun BFN.

06 December 2015

HSG itu

First cycle clomid - BFN. 

Takpe. Perjuangan masih diteruskan. Maka...

CD10 kelmarin adalah hari yang dinantikan untuk buat HSG kat KPJ Tawakal dengan Dr Fatimah Yakin.

Pengalaman : Pretty nervous. Tapi bila Dr Fatimah ajar breathe in, breathe out, aku dapat bertenang. Doktor cuci dulu dengan kapas untuk hilangkan segala mak nenek mukus dalam tu. Dr Fatimah juga suka menenangkan pesakitnya & berkali-kali juga beliau assure aku yang benda ni sebenarnya tak sakit jika relax. Memang betul. Cuma rasa ngilu & senak sikit masa doktor masukkan tiub ke pangkal rahim & masa inject dye. Jangan bimbang, rasa itu pun sekejap cuma.

Dan Alhamdulillah!

Keputusan HSG : kedua-dua tiub fallopian aku tak tersumbat. Tapi ada pelvic adhesion (huuuu...).

Keputusan ujian darah CA125 dan Chlamydia jugak normal. Syukur sangat-sangat.

Temujanji seterusnya dengan Dr Adilah on CD15 nak review semua keputusan ni dan nak tengok saiz telur selepas clomid second cycle ni.

05 November 2015

Temujanji pertama dengan Dr Adilah

4 Nov 2015, akhirnya aku bertemujanji dengan Dr Adilah Ahmat, PHKL pada CD12.

Aku terangkan padanya serba sedikit sejarah aku. Antara soalannya:

Dr A: You ada sakit apa-apa tak? Pernah operate?
Aku: Takde. Tak pernah.
Dr A: Keluarga, ayah ibu? Ada yang sakit kanser tak?
Aku: Ayah saya sakit jantung. Nenek sebelah ayah saya ada kanser hati.
Dr A: Period macam mana, ok?
Aku: Period memang ada setiap bulan, cycle day dalam 32, 33, 34 macam tu. Tapi dua bulan lepas cycle 43 hari.
Dr A: Ok. Dalam tahun ni dah berapa kali period yang cycle day nya lebih 40 hari?
Aku: Baru sekali bulan tu je.
Dr A: Ok. Kita buat scan TVS ya.

Bila dah baring tu, beliau kata nak buat pap smear (sebab sejak nikah aku tak pernah buat). Aku macam, alamakkk...aku macam tak sedia lagi. Tapi buat jelah. Beliau tunjukkan spekulum yg digunakan adalah saiz paling kecil.

Tak sakit pun! Dan pantas. Alhamdulillah.

Ok TVS pulak.. Chentaku disuruh masuk untuk tengok. Hasil scan mendapati:
- Pundi kencing ada jangkitan
- Pangkal rahim ok, cuma rahim dah terunjur ke belakang sikit
- Ovari kanan hanya ada satu telur yang besar (walaupun dah makan 100mg clomid). Saiz tak measure pulak masa ni
- Ovari kiri tiada telur yang besar. Dan yang paling mengejutkan aku ialah kedudukan ovari kiri ini yang dah "naik ke atas" (lari jauh, tak align dengan ovari kanan).

Bila aku tanya apa sebab kedudukan ovari kiri ini "lari",  ada dua kemungkinan: endometriosis atau jangkitan. Terkejut lagi. Dengan tenang, Dr Adilah berkata yang aku masih berpeluang mengandung dengan telur yang besar dari ovari kanan itu. Dan beliau akan pastikan ada 3-4 telur yang besar pada cycle akan datang.

Dr A: You takde PCOS
Aku: *Renung doktor minta kepastian. Terkejut kali ketiga (bahaha!)
Dr A:  Kalau ada PCOS pun, you tak perlu risau sebab period ada setiap bulan, tak kisah lah bilangan hari cycle berbeza tetapi ianya sekata.
Aku: Ok...
Dr A: Berapa FSH dulu masa buat test? LH?
Aku: FSH 4.6. LH 3.3. *Aku tunjuk gambar keputusan ujian yang memang disimpan dalam henfon.
Dr A: Haaa...Memang bukan PCOS. Sebab LH you lebih rendah dari FSH.

Dr Adilah minta aku buat ujian darah untuk CA125 & chlamydia pada hari yang sama. Aku juga perlu buat HSG di Hospital Tawakal pada CD10 serta sambung makan clomid 100mg untuk cycle akan datang. Temujanji seterusnya adalah pada CD12/13/14/15, nak review ujian darah & HSG. Semen analysis pulak hanya perlu dibuat kemudian, selepas review ini.

Jumlah kos rawatan: RM864.82. Walaupun mahal, namun aku rasakan ianya berbaloi dengan kepakaran & ilmu beliau. Plus, Dr Adilah sangat cool, lembut & profesional.

TTC - Apa yang dah dibuat?

Setelah keguguran kedua pada Okt 2013, aku masih ber-TTC sehingga sekarang.

Cakap pasal treatment untuk TTC ni, tak banyak yang kitorang dah buat. Pernah jugak terfikir untuk cuba di LPPKN, jimat sikit. Tapi bila memikirkan temujanji mungkin ambil masa & suami aku pulak seaman yang tak selalu balik darat, agak mencabar di situ.

Ini adalah sejarah treatment aku yang tak seberapa (huhuhu).

Gynae 1 - April 2014. Dr Zamri, DEMC. Mendiagnos aku PCOS kerana hormon aku tak stabil. Sempat buat ujian darah FSH, LH & prolactin & makan metformin. Beliau bagus. Tak sambung treatment sebab nak cari doktor wanita & nak berdiet.

Gynae 2 - April 2014. Dr Siti Mariam, Salam Medical. Second opinion yang menghampakan. Dengan tak scan aku pun, beliau suruh aku makan supplement 4Life Transfer Factor.

Gynae 3 - Okt 2015. Dr Fazlina, Hospital Islam Az Zahrah. Aku tak tahu pun kalau nak buat TVS kena buang air kecil terlebih dahulu. Hasilnya, beliau tak nampak ovari aku, walaupun beliau buat scan ultrasound abdomen jugak. Selepas sesi soaljawab sejarah semua, aku diberi pilihan: nak makan clomid dulu atau nak buat ujian? Aku pilih clomid, yang perlu dimakan ketika CD2 hingga CD5, 100mg. Tak sambung treatment dengan beliau kerana aku akhirnya buat keputusan nak berjumpa dengan gynae 4, seorang pakar fertiliti yang terkenal di Malaysia.

22 January 2015

2015!

Haha. Blog ni dah jadi 2 tahun sekali entrinya.

Alhamdulillah tahun 2014 pergi meninggalkan aku dengan tenang. Tenang membawa segala bahagia dan kusut.

2014 aku langsung tidak mengembara ke mana-mana. Faktor penyumbang: suami aku baru dapat kerja dengan majikan baru (yang lebih berintegriti).

Kerja - masih di jabatan yang sama sejak 2008. Aku sudah mula diserang demotivation. Tahap kemenyampahan yang tinggi terhadap beban kerja. Rupanya ramai juga senasib dengan aku. Nak minta naik pangkat pun kena banyak kali fikir. Fikirkan betapa banyak pengorbanan yang perlu dibuat. Tak yakin. Nak minta transfer, aku masih junior kalau nak dibandingkan dengan senior yang menunggu kekosongan. Nak resign - memang taklah! Dengan gaji yang alhamdulillah selesa & di bawah payung organisasi yang besar di Malaysia - memang tiada dalam pertimbangan.

2014 dalam sejarah - aku mula menjebakkan diri dengan aktiviti larian dan senaman intensiti tinggi. Aku masuk BSN Putrajaya Night Marathon fun run 5k je pun. Satu pengalaman yang aku takkan lupakan. Puas gila dan..nak lagi! Harapnya itu bukan event larian aku yang terakhir. 

Aku keguguran kali kedua pada Oktober 2013. Hanya 6 bulan selepas keguguran itu, aku tergerak berjumpa dengan Dr Zamri DEMC. Beliau telah mendiagnos aku PCOS. Menurut doktor & pembacaan, PCOS juga boleh jadi penyumbang keguguran. Aku di-prescribed Metformin walaupun aku bukan diabetik (dah tak ambil pun sekarang). Fokus 2014 bukan untuk TTC. Tetapi untuk membudayakan gaya hidup sihat. Aku cuba... walaupun ada ketikanya aku ke laut jua. Hahaha! Dalam masa setahun, berat turun 6kg je. Allah jelah yang tahu betapa payahnya. Maka misi ini masih diteruskan...plus misi TTC. 

Good luck. And good night.

13 January 2013

Berpantang Selepas Keguguran

Ada banyak versi. Dari sebuah forum, aku dapati ramai juga yang berpantang dua minggu (seronoknya!). Versi Ibunda pulak 22 hari, tapi aku disuruh genapkan ke 30 hari (kaauuu!).

Versi pantang yang aku buat: 

1. Kurangkan makanan berminyak. Semua lauk berunsurkan kukus, dan rebus. Kalau minyak pun sikit je [untuk sayur stir fry].

2. Ikan yang tak gatal/bersengat (contoh ikan yang boleh: ikan tauhu, merah, kerisi, tenggiri). Udang sotong dan segala yang bercengkerang juga tak boleh, gatal.

3. Ayam kampung je. Ayam bandar tak boleh, gatal.

4. Part sayur agak bosan sebab aku pencinta sayur! Tau kan yang kebanyakan sayur sejuk. Ikut pendapat Ibunda dan Mak, yang boleh: sawi, pegaga, carrot, bayam (aku skip sebab rasanya bayam ni sejuk walau ianya menambah darah) dan lobak putih (skip juga sebab aku tak breastfeed kot!). So hari-hari sayur yang sama agak bosan di situ. Hehehe...

5. Pakai stokin tapi tak pakai baju lengan panjang pun. Pilis bengkung semua tu tak pakai.

6. Tak boleh buat kerja berat terutama yang melibatkan cuci-mencuci (air = sejuk).

7. Banyakkan halia dalam lauk dan makan halia tu untuk buang angin.

8. Ais. Sebenarnya ais kena pantang lebih lama dlm enam bulan camtu. Tapi elok 30 hari aku dah langgar pantang (LOL! Jangan tiru ok?) Cuma sekarang aku dah kurang minum air berais.

9. Tak boleh kena hujan, takut demam bisa badan. 

10. Selama seminggu, setiap hari mandi daun herba yang Ibunda buat. Herbanya seperti daun kunyit, daun limau purut, halba, apa entah lagi tak ingat. Semuanya dijerang dan dijadikan air mandian. Airnya tak suam sangat tapi ikut panas yang aku boleh tahan lah. Lepas seminggu hingga hari terakhir pantang, mandi air panas je. Ada sekali tu je aku terpaksa mandi air biasa sebab terlambat bangun nak ke pergi kerja (kes rumah takde heater) LOL!

11. Setiap pagi selama seminggu, minum bancuhan telur ayam kampung dan halia untuk buang angin. Tak lupa juga air ibu kunyit dan asam jawa.

Ada satu pantang yang aku langgar - larangan membaca apa jenis bahan bacaan, surat khabar/buku/majalah dan berinternet! Kata Ibunda, membaca tu akan mengganggu saraf mata, nanti pening/sakit kepala. Dulu masa dia kat hospital bersalin, ada yang kena jerkah dengan nurse sebab baca surat khabar. Adoiiii...yang ini memang susah kot. Dah lah dok rumah tak buat apa, bosan! Setiap kali dia tengok aku leka dengan iPad, memang kena bebel lah. Tapi sebenarnya memang betul tau. Aku sendiri sakit kepala bila tengok iPad lama-lama. Degil punya pasal. #jangantirumacamsaya

Selepas keguguran, badan aku rasa tak sedap, bisa semacam. Untuk dua hari berturut, aku diurut Ibunda. Urutnya pulak jenis kena je kat semua point yang bermasalah. Semua sakit. Huhu! Naknya kat kaki. Selepas tu untuk tiga kali sesi urut, aku upah Kak Ila. 

Sesi pertama adalah sesi yang paling menyakitkan. Agaknya masa tu pun badan aku banyak angin sampai boleh rasa angin tu 'terperangkap' kat bahagian perut dan ari-ari. Kentut pun tak...Seksa ok! So bila Kak Ila tekan biasa je kat perut dan ari-ari tu, aku dah mengaduh sakit. Memang banyak angin, berkali-kali Kak Ila burping. Kemudian, Kak Ila buat sengkak perut (naikkan rahim yang jatuh) pulak. Ok, ini lah part yang paling menakutkan aku sampai hari ini. Dua tiga kali juga dia ulang sengkak sebab aku tak boleh nak relax dari menahan kesakitan, even aku tengok dia tekan biasa je di situ. Masa dia sengkak tu memang kuat betul...nak nangis rasanya :'( Sebelum nikah dulu, aku pernah juga buat sengkak ni. Memang sakit tapi bearable. Tapi yang ni sampai tempat yang dia tekan tu sakit, dalam seminggu baru hilang!

Sesi kedua dan ketiga urut, sakit badan dah kurang dan aku minta Kak Ila skip sengkak. Silap aku juga sebab Wan Ngah (ibu saudara aku yang juga tukang urut) dah pesan nak urut boleh tapi bukan kat perut dan ari-ari tu. Sebab kita tatau camne condition rahim tu...walaupun tak melahirkan. Alhamdulillah, selepas sesi ketiga tu badan aku rasa ok. Bisa pun dah kurang.  

Cuma aku tak dapat lari dari kesedihan. Ibunda tak bagi aku menangis but I can't help it...I thought too much. Berada jauh dengan pasangan dalam keadaan begini adalah sangat worst aku rasakan. Tapi bila fikir balik, orang lain di luar sana diuji dengan lebih berat. 

Ini lah sebuah silibus yang aku pelajari dalam universiti kehidupan.


12 January 2013

The Test

Selamat tahun baru!
Haha...lambatnya wish aku.

Walaupun blog ni dah lama bersarang tetapi hakikatnya banyak perkara yang berlaku pada aku. Cuma aku kini tak segiat dulu untuk mem-blog. Nak kata writer's block tak juga (ceh, perasan!).

Maka, bertahan lah dengan sebuah entri yang panjang ye? LOL!

Sebenarnya, pada 13 Nov 2012 aku telah diuji Allah Taala. Memang berat tapi aku redha dengan kehendakNya.

Tiga hari sebelum kejadian, aku mengalami spotting kecoklatan. Tergamam dan risau sangat sebab seingat aku takde pulak melakukan sebarang aktiviti lasak/terjatuh/terhempas atau apa-apa yang memudaratkan. Nak kata aktif seks pun tak juga sementelah chentaku masih bertugas di Bintulu. Atas pandangan dan bantuan keluarga aku, petang tu juga aku ke Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam untuk scan baby.



Kalau ikut LMP (last menstrual period), usia kandungan 9 minggu. Tapi bila Dr Faznita scan, saiz baby baru dalam 6 minggu 4 hari. Heartbeat pun belum ada. Doktor assured aku yang benda ni normal dan spotting pun sebab perubahan hormon. Aku pun fikir normal lah kot...sebab ikut LMP macam tak boleh pakai je dengan kitar haid aku yang panjang. So doktor minta aku datang lagi minggu depannya untuk repeat scan sebab nak tengok heartbeat. Aku di-prescribed Duphaston (mahal gilaaa ok!) untuk kuatkan rahim dan hentikan spotting.

Setelah dua hari on Duphaston, aku makin risau melihatkan tiada tanda-tanda ianya berhenti. Siap keluar fresh blood lagi. Memang langsung tak berhenti. Contoh: aku dah bersihkan sebelum nak solat dan selepas solat tengok-tengok darah lagi...Tensi gila waktu tu :( Doktor bagi MC sehari je sebab esoknya tu cuti Diwali. Doktor pesan bed rest.

Pada hari kejadian tu, awal pagi bila nak solat tengok pad dah takde darah. Lega dan syukur :) Semuanya ok sampai lah petang tu...Bahagian ari-ari terasa amat sakit. Macam senggugut tapi lebih sakit! Nak baring, nak duduk, nak berdiri...semua tak kena! Sebelum ni aku amalkan doa penahan tapi Asar dan Maghrib tu doa aku dah jadi lain...Aku redha jika kandungan ini bukan milik kami, Ya Allah dan permudahkan lah segalanya untuk hambaMu ini. Aku decided terus ke klinik untuk dapatkan surat rujukan ke gynae specialist.

Setelah bersiap, Ibunda menyuruh aku makan. Makan lah juga walau takde selera sangat sebab kesakitan masih mencengkam, on and off gitu. Masa makan tu adik aku buat lawak dan aku ketawa. Ketika itu lah aku dapat rasa sesuatu keluar dari faraj. Aku diam je, aku bajet yang keluar tu darah yang banyak kot. Elok je aku habiskan nasik, sesuatu tu keluar lagi! Aku terus lari ke toilet dan....lihat ada semacam sel ke apa (tatau nak namakan apa). Bentuknya lembik macam hati ayam tu. Aku tunjuk kepada Ibunda dan dia pun...mengiyakan keguguran.

Di Klinik Anis malam tu, doktor pun tak cakap banyak setelah mendengar apa yang Ibunda ceritakan. Dia terus buat surat dan aku minta dirujuk kepada gynae di DEMC (sebab dekat dengan rumah). Aku tak terus ke DEMC selepas tu sebab rasa sakit dah takde dan bleeding pun tak teruk sangat. In sha Allah ok kot. Balik rumah tengok TV sambil berfikir macam-macam. Bila nak tidur pulak, susah betul nak lelap (di mana malam-malam yang berikutnya juga aku sukar tidur). Rasa macam lamaaa sangat nak tunggu pagi esok ke hospital!

Pagi 14 Nov tu, aku ditemani Ibunda dan Ayah ke DEMC. Aku diberi giliran untuk berjumpa dengan Dr Mazita. Ada lah dalam sejam juga menunggu. Dr Mazita ceria dan lembut orangnya. Setelah Ibunda bercerita kisah aku (sekali lagi jadi jurucakap rasmi LOL!), doktor pun scan. Dia sahkan yang rahim aku telah kosong dan bersih = janin telah keluar dengan sendirinya = completed misscarriage = tak perlu prosedur D&C. Sebenarnya soalan aku kepada doktor: lepas berapa hari on Duphaston, darah akan berhenti? Tapi doktor tak dengar soalan aku sampai habis (huhu..) dan menjawab bukan salah Duphaston atau apa-apa. Jika pada awalnya memang janin tu tak menjadi, dia memang akan gugur juga. Semuanya kehendak Allah. 

 

Dr Mazita prescribed aku 3 biji pil (dah tak ingat nama tapi baca kat Wiki hari tu, pil tu pil yang sama digunakan untuk induce labor). Pil tu kena makan sekali sehari je, selama 3 hari berturut. Doktor kata pil tu adalah untuk keluarkan semua isi janin jika masih ada saki-bakinya dalam rahim. Aku diberi MC seminggu dan bila ditanya, doktor kata boleh TTC (trying to conceive) sebulan selepas tu. Takpe lah, sebab chentaku pun masih bekerja so kalau nak TTC kena tunggu dia sign off je lah nanti. BTW, specialist consultation fee dan specialist procedure fee adalah mahal ok! Huhu..terima kasih company!

Maka bermula lah sesi berpantang 22 hari tanpa baby :(

Terima kasih Ibunda yang setia menjaga aku, masak lauk berpantang, urut, sediakan air mandi herba. Sebak pula bila tulis ni.

Terima kasih chentaku - walau tak di sisi, kamu lah yang banyak memberikan sokongan emosi pada aku.

Terima kasih juga kepada forum ratuhati.com - banyak sangat ilmu yang aku pelajari dari sini.

Teringat ustaz mutawif umrah aku dulu pernah berkata: tanpa ujianNya maka kita tidak akan menjadi hamba yang lebih baik. In shaa Allah. Terima kasih ya Allah atas ujian ini. Aku terima segalanya jika ini yang terbaik.