Backpacking trip aku ke Singapura dah lulus dengan jayanya!
Walaupun aku gagal bertemu dengan LB…..sekurang-kurangnya aku berjaya mencipta rekod hidup aku selama 26 tahun ni – solo backpacking babe! Ramai yg kurang percaya kerja gila aku ni [gila ke?]. Malah ketika pemeriksaan pasport dan bagasi di pusat imigresen Singapura, seorang ibu berbangsa Cina telah berkata "Waaa…good la you" apabila aku menjawab pertanyaannya dengan siapa aku ke sana [entah apa yang goodnya, aku pun tak tahu].
Aku tak pernah terlintas nak buat orang hairan apatah lagi nak berlagak. Yang aku tahu, aku cuma nak buat apa yg aku mahu. Terima kasih, Ibu - yang langsung tak membangkang dengan rancangan aku.
But the trip wasn’t that bad, after all. Honestly, I had a helluva good time! Adrenalin naik balik! Paling terbaik [eihh apa ayat aku ni?] di sana ialah tiada siapa yang peduli dgn kau, hatta kau seorang perempuan yang berjalan sendirian. Bukan macam Malaysia, babe! Duduk dalam bas, tak kacau orang & layan perasaan sendiri pun kena raba. Haram sangat.
Destinasi berikutnya, aku kepingin sekali mengembara ke bumi Thailand. Walaupun Lisa & Ayim ada mengajak aku ke Bandung tahun depan. See how laa…
Dalam 2 minggu ini jugalah aku asyik teringatkan LB! Sudah masuk sebulan lebih dia tak mengirim berita semenjak operasi matanya. Kelmarin aku kembali membaca emel-emel yang pernah dihantarnya and I cried. Tak tahu bagaimana lagi caranya untuk berhubung dengannya! Yang menghairankan, semasa di Singapura tak pulak aku hegeh nak cari dia di hospital – hati semacam berat, entah kenapa?!
Atau aku yang paranoid?
4 comments:
hmm.. aku pun sebenranya tringin nak backpack g europe.. tp takder member...
kalau sengsorang mcm ko, cuak plak...
apis ~
europe tu dream aku gak! tapi lambat lagilah kot. mana nak kumpul $$ lagi. nak cari teman seperjuangan lagi :)
aku nih dok terhegeh-2 ajak orang tapi sorang pun taknak teman...dah tu..duit yg di kumpul pun abis dah dek kerana terbeli itu ini..takper Nad..kita gi phi phi island nanti yer....
lor. dah abis ke $$ kau? kenapa tak cakap....boleh aku tolong perabihkan ke arah manfaat yg lebih bermakna. LOL!
yeah. phi phi island with the SATC girlfriends ;)
Post a Comment